Harian Metro

Pemaju buat 2 sambungan air tak sah

-

Ampang: Pihak pemaju pembinaan lebuh raya, dekat sini, dikesan membuat sambungan bekalan air secara haram sejak setahun lalu menyebabka­n kehilangan air tidak berhasil (NRW) dianggar bernilai RM348,875.

Syarikat terbabit didakwa membuat dua sambungan tidak sah daripada bekalan air bekas rumah kedai di tapak pembinaan berkenaan. Ia digunakan untuk mencuci tayar lori yang keluar dari tapak projek dan untuk kegunaan harian pekerja di rumah rehat.

Rahsia itu terbongkar apabila Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) bersama Air Selangor menyerbu tapak pembinaan itu jam 12.30 tengah hari, semalam.

Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna SPAN Mohd Fazil Ismail berkata, operasi susulan laporan penduduk kawasan sekitar yang hairan kerana sering berlaku tekanan air rendah di kediaman mereka.

“Hasil daripada risikan dan pemantauan dijalankan, pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesan dua sambungan haram menggunaka­n paip getah dan jenis HDPE masing-masing daripada tetiang meter sedia ada.

“Ujian klorin pada air digunakan

mengesahka­n bekalan diterima adalah air terawat,” katanya.

Beliau berkata, SPAN akan mendakwa pihak berkaitan mengikut Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmat­an Air 2006.

Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat Air Selangor Siti Zubaidah Zakaria berkata, Air Selangor mendapati pihak yang bertanggun­gjawab salah guna sumber bekalan air di tapak pembinaan yang dulunya bekas tapak rumah kedai.

 ??  ?? MOHD Fazil
MOHD Fazil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia