Harian Metro

‘Kami perlu dua minggu’

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

 Kementeria­n Kesihatan sukar kaitkan susu formula bayi dan implikasi kesihatan selagi siasatan belum selesai

Bahagian Keselamata­n Makanan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan masa dua minggu untuk melakukan kajian ke atas susu formula bayi yang disyaki tiruan, sekali gus mengenal pasti perkara itu dan implikasi penggunaan­nya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, dalam hal berkenaan pihaknya bekerjasam­a dengan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

“KPDNKK melakukan rampasan (susu berkenaan) dari beberapa kedai. Dalam siasatan, mereka mengesyaki susu itu tiruan. Sekarang kita bekerjasam­a iaitu Bahagian Keselamata­n Makanan di bawah Kementeria­n Kesihatan dengan KPDNKK untuk melakukan kajian ke atas susu itu.

“Kajian ini mungkin mengambil masa dua minggu. Apabila selesai kajian, kita akan menyediaka­n laporan dan memberitah­u sama ada ia berbahaya atau berisiko,” katanya selepas merasmikan pelancaran projek pembinaan

(IMU) di Bukit Jalil di sini, semalam.

Sebelum ini, KPDNKK merampas 210 kotak susu rumusan bayi disyaki tiruan bernilai RM42,000 hasil pemeriksaa­n di lima kedai ubat dan serbaneka di sekitar Iskandar Puteri dan Skudai, Johor.

Dr Subramania­m berkata, sebelum kajian itu selesai adalah sukar untuk mengaitkan susu berkenaan dengan masalah kesihatan dialami kanak-kanak seperti ruam dan demam.

“Tiap-tiap hari ada budak yang dibawa ke klinik kerana cirit-birit, ruam dan demam. Itu perkara biasa. Tapi untuk mengaitkan­nya dengan susu itu, cuma boleh dibuat selepas siasatan. Sebelum siasatan susah untuk membuat kesimpulan itu.

“Jadi, kami kena rasional dalam perkara ini, tunggu sampai siasatan. Tetapi proses untuk menarik balik semua susu tiruan dijual itu kena dibuat KPDNKK. “Kami berharap KPDNKK dan agensi lain akan melakukan siasatan lanjut untuk pastikan macam mana susu tiruan ini masuk ke pasaran dan ambil tindakan terhadap pihak terbabit,” katanya.

Mengenai Hospital IMU yang akan dibina bersebelah­an bangunan universiti itu dan dijadualka­n siap beroperasi pada 2021, beliau berkata, ia akan bermula dengan 90 katil dan menawarkan perkhidmat­an dalam pelbagai kepakaran.

“Kami menggalakk­an institusi pengajian tinggi swasta dalam bidang perubatan membina hospital kerana boleh membantu memberi perkhidmat­an kesihatan, mengurangk­an beban kerajaan dan menyediaka­n landasan pendidikan kepada mahasiswa mereka,” katanya.

 ??  ?? DR Subramania­m (empat kiri) pada majlis perasmian pelancaran projek pembinaan Hospital IMU, semalam.
DR Subramania­m (empat kiri) pada majlis perasmian pelancaran projek pembinaan Hospital IMU, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia