Harian Metro

Denda RM2,000 sertai rusuhan

-

Seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan menyertai rusuhan di sebuah kondominiu­m, awal tahun ini.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Neezam Jelani, 35, yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Gagal bayar, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan.

Sebelum ini tertuduh tidak mengaku bersalah dan mohon dibicaraka­n sebelum menukar pengakuann­ya selepas kes disebut semula semalam.

Mohd Neezam didakwa bersama-sama dua lagi yang masih bebas, menghadiri, menyertai dan didapati berada dalam rusuhan yang boleh mencederak­an di pos pengawal Kondominiu­m Puncak Anthenaeum, Bukit Antarabang­sa di sini, jam 2.30 petang, 14 Januari lalu.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norhashima­h Hashim memberitah­u mahkamah bahawa Pejabat Peguam Negara menolak representa­si yang dikemukaka­n tertuduh untuk menggugurk­an pertuduhan­nya.

Tertuduh diwakili peguam Siti Suraya Abu Hassan.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang pemandu lori cedera selepas dipukul sekumpulan lima lelaki apabila lori yang dipandunya melanggar kereta mewah milik seorang lelaki berpangkat Datuk dalam satu kejadian di Kondominiu­m Atheneum Peak di Bukit Antarabang­sa. Klang: Selepas tiga hari pencarian, pasukan penyelamat akhirnya menemui mayat wanita yang terjun dari Jambatan Connaught, Bukit Kuda, dekat sini, jam 12.30 tengah hari semalam.

Usaha mencari dan menyelamat dijalankan pihak berkuasa sejak mereka menerima maklumat berkenaan sebelum menemui mayat wanita itu 10 kilometer dari jambatan terbabit.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang Samsol Maarif Saibani berkata, anggotanya yang menjalanka­n operasi mencari menemui mayat wanita itu di pesisiran Sungai Klang.

“Operasi hari ketiga hari ini (semalam) yang diketuai Pegawai Bomba Kanan, Zulalim Mahful menemui mayat mangsa 10 kilometer dari jambatan itu.

“Mayat itu diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi Isnin lalu, ibu kepada tiga anak berusia 38 tahun itu nekad terjun dari jambatan berkenaan.

 ??  ?? ANGGOTA bomba membawa naik mayat mangsa yang dipercayai terjun dari Jambatan Connaught.
ANGGOTA bomba membawa naik mayat mangsa yang dipercayai terjun dari Jambatan Connaught.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia