Harian Metro

Ayam laris dalam 2 jam

- Siti Nadzirah Che Mud am@hmetro.com.my

 Dijual pada harga murah RM2.99 sempena pembukaan kedai di Machang

Sebanyak 1,800 ayam proses berharga RM2.99 habis terjual dalam tempoh dua jam di hadapan Pasar Borong, Wakaf Bata, di sini, semalam.

Ayam berkenaan dijual lebih rendah daripada harga pasaran sebagai promosi pembukaan sebuah kedai memproses ayam di kawasan itu.

Pengusahan­ya Nor Amyza Ismail, 28, berkata dia membuka cawangan terbaru kedai Berkat Illahi Ayam Proses, di sini, selepas tiga cawangan sedia ada di Tanah Merah.

“Kami mula buka jualan pada jam 8 pagi (semalam), dan tidak menyangka ramai pelanggan beratur menunggu giliran untuk mendapatka­n ayam masing-masing. Dalam tempoh dua jam, sudah habis terjual semua stok ayam,” katanya ketika ditemui, di sini.

Menurutnya, ayam proses di premis berkenaan akan dijual mengikut harga biasa iaitu RM5.60 bermula hari ini.

Katanya, promosi itu dilakukan bukan hanya untuk membantu masyarakat, malah menggalakk­an orang muda untuk menceburi bidang perniagaan.

“Saya sendiri mula menjual ayam proses seawal usia 19 tahun dan disebabkan itu, saya nak beri semangat kepada golongan muda terutama remaja supaya memberanik­an diri untuk berniaga bagi mengubah nasib diri,” katanya.

Seorang pembeli, Rubiah Harun, 53, berkata dia tidak melepaskan peluang apabila mengetahui jualan murah ayam itu.

“Sejak jam 9 pagi (semalam) lagi saya sudah beratur dan dapat beli seekor ayam. Ini sangat membantu mengurangk­an kos barang dapur,” katanya.

 ??  ?? NOR Amyza melayan pelanggan sempena pembukaan cawangan keempat Berkat Illahi Ayam Proses.
NOR Amyza melayan pelanggan sempena pembukaan cawangan keempat Berkat Illahi Ayam Proses.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia