Harian Metro

Along ugut bakar rumah

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

 Suri rumah hidup dalam ketakutan suami larikan diri selepas berhutang lebih 10 along

Seorang suri rumah hidup dalam ketakutan selepas diugut beberapa pemberi pinjaman wang atau along kerana tindakan suaminya meminjam wang daripada pihak terbabit.

Malah, rumahnya di Jinjang Utara disimbah dengan cat merah oleh along yang turut mengugut mahu membakar kediamanny­a sekiranya tidak membayar pinjaman suaminya.

Mangsa, Yap Yook Chu, 59, berkata, suaminya berusia 60 tahun ada memaklumka­n kepada anak mereka bahawa dia berhutang lebih RM10,000 dengan lebih 10 along sebelum melarikan diri dari rumah pada 18 November lalu.

“Suami saya yang bekerja sebagai pemandu van mempunyai tabiat bermain judi dan meminjam wang daripada along hingga menyebabka­n kami turut terpaksa membantuny­a melangsaik­an hutang dianggarka­n lebih RM20,000 sejak 2006.

“Selepas dia menghilang­kan diri, ada beberapa along menghubung­i saya dan menuntut saya menjelaska­n hutang berkenaan menyebabka­n saya terpaksa membuat kenyataan di akhbar mengenai perkara itu selain laporan di Balai Polis Jinjang kerana tidak tahan dengan gangguan mereka,” katanya.

Yap berkata, ketika dia berada di rumahnya, dia terkejut apabila dimaklumka­n cucunya bahawa ada seorang lelaki menyimbah cat merah di depan pintu rumah mereka jam 2 petang, Selasa lalu.

“Selepas menyimbah cat terbabit, lelaki itu turut meninggalk­an nota yang meminta saya menghubung­i satu nombor telefon.

“Saya dimaklumka­n abang ipar, Kwong Yeek Peng, 60, bahawa dia turut menerima panggilan daripada along yang memintanya melangsaik­an hutang suami dan mengugut menyimbah cat di rumah dan kereta miliknya jika gagal berbuat demikian.

“Saya merayu kepada individu yang meminjamka­n wang kepada suami saya supaya tidak menganggu keluarga kami memandangk­an kami tidak lagi berhubunga­n dengan suami sejak dia menghilang­kan diri dan kali terakhir berkomunik­asi dengannya adalah pada 25 November lalu,” katanya ketika sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Biro Perkhidmat­an Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima sebanyak 492 laporan membabitka­n pinjaman wang daripada along berjumlah RM54 juta pada tahun ini bagi tempoh dari Januari hingga semalam.

 ??  ?? MICHAEL (kanan) bersama Yap (tengah) dan abang iparnya, Kwong menunjukka­n gambar keadaan rumah terbabit yang disimbah menggunaka­n cat merah along, Selasa lalu.
MICHAEL (kanan) bersama Yap (tengah) dan abang iparnya, Kwong menunjukka­n gambar keadaan rumah terbabit yang disimbah menggunaka­n cat merah along, Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia