Harian Metro

AirAsia taja stadium MBPJ

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

 Keluar kos RM4 juta naik taraf semula dalam tempoh lima tahun

Syarikat penerbanga­n tambang rendah, AirAsia Berhad (AirAsia) menaja RM4 juta untuk tempoh lima tahun bagi penjenamaa­n dan menaik taraf stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, cadangan kerja menaik taraf stadium itu dijadual bermula selepas 25 Disember ini.

“Saya melihat Petaling Jaya sebagai satu pusat tumpuan di Selangor dan kami berbesar hati menjalinka­n kerjasama bersama MBPJ menaik taraf stadium ini yang akan dijadikan sebagai tuan rumah bagi Kelab Bola Sepak Petaling Jaya Rangers (PJ Rangers).

“Untuk itu, kami akan menaik taraf padang, bilik persalinan, membaik pulih tempat duduk pemain dan kerja mengecat stadium,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatan­gani Perjanjian Persefaham­an (MoU) antara MBPJ dan AirAsia di Ibu Pejabat MBPJ, semalam.

Hadir sama, Datuk Bandar MBPJ Datuk Mohd Azizi Mohd Zain, Timbalan Datuk Bandar MBPJ Johary Anuar serta Timbalan Presiden PJ Rangers Simon Lim Swee Teck.

Tony berkata, perjanjian itu adalah kali pertama dilaksanak­an syarikatny­a bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mewujudkan stadium bertaraf dunia di Petaling Jaya.

“AirAsia dalam perancanga­n mewujudkan perkhidmat­an bas dari Petaling Jaya ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) selepas selesai kerja menaik taraf stadium.

“Kami mahu penduduk Petaling Jaya menikmati perkhidmat­an bas ini dan pergi ke lapangan terbang dengan mudah,” katanya.

Sementara itu, Mohd Azizi berkata, cadangan penjenamaa­n semula stadium akan menjadikan Petaling Jaya sebagai destinasi sukan di negeri Selangor.

“Dengan menaik taraf stadium, ia memberi peluang penduduk Petaling Jaya menikmati kemudahan sukan bertaraf antarabang­sa.

“Stadium MBPJ sinonim dengan penganjura­n bola sepak Liga Malaysia,” katanya.

Katanya, syarikat penerbanga­n itu bersetuju menaja program komuniti termasuk liga bola sepak Piala Datuk Bandar, PJ Rangers bawah 20 tahun dan program komuniti MBPJ dan Ahli Majlis MBPJ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia