Harian Metro

Cecah RM237.96b

- Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

 Perdaganga­n dua hala Malaysia-China terus meningkat

Perdaganga­n dua hala Malaysia-China mencecah RM237.96 bilion bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini, meningkat 24.1 peratus berbanding RM191.65 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Nilai eksport dalam tempoh dikaji turut meningkat 33.5 peratus kepada RM103.32 bilion daripada RM77.4 bilion.

Peningkata­n itu disebabkan jumlah eksport lebih tinggi dalam produk elektrik dan elektrikal (E&E), produk petroleum minyak, serta gas asli cecair (LNG), kimia dan produk kimia serta produk getah.

Bagi nilai import, ia mencatat peningkata­n 17.8 peratus kepada RM134.64 bilion berbanding RM114.29 bilion bagi tahun lalu.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Chua Tee Yong berkata, defisit dagangan untuk tempoh dikaji menurun kepada RM31.32 bilion daripada RM36.87 bilion tempoh sebelum ini.

Katanya, bagi tahun ini, China juga terus kekal menjadi rakan dagang terbesar Malaysia buat kali kesembilan berturut-turut.

“Salah satu sebab utama nilai eksport kita ke China meningkat selain daripada bergantung kepada produk E&E, minyak sawit dan komoditi lain ialah peningkata­n eksport dari sektor seperti makanan dan juga sektor yang lain sedang berkembang.

“Ini adalah sesuatu yang positif buat negara kerana ia menunjukka­n Malaysia tidak bergantung kepada satu jenis produk saja untuk dieksport seperti ditekankan Majlis Eksport Negara adalah penting untuk kita mempelbaga­ikan produk eksport dan juga pasaran.

“Jadi saya fikir bagi tahun ini melihat kepada 10 bulan pertama, terdapat peningkata­n dari segi jumlah perdaganga­n dan eksport yang mana ia tidak tertakluk kepada sebuah negara saja, tetapi hampir menyeluruh dari Kesatuan Eropah, Jepun, Amerika Syarikat, ASEAN dan China yang mana semuanya meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Forum Perniagaan Platform Promosi Perdaganga­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) China-ASEAN (CASTPP) Malaysia di Menara Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) di sini, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Agung Eksekutif CASTPP Gao Hang dan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros.

Dalam pada itu, Chua berkata, sehingga hari ini, CASTPP yang mula dilancarka­n pada Disember tahun lalu sudah berjaya mengekspor­t lebih 300 unit simpanan stok (SKU) bernilai hampir RM1 juta ke China.

Katanya, produk yang dieksport syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan itu kebanyakan­nya ialah makanan dan minuman.

 ??  ?? CHUA (tengah) bersama Dr Mohd Shahreen (tiga dari kiri) dan Gao (tiga dari kanan) selepas merasmikan Forum Perniagaan Platform Promosi Perdaganga­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) China-ASEAN (CASTPP) Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
CHUA (tengah) bersama Dr Mohd Shahreen (tiga dari kiri) dan Gao (tiga dari kanan) selepas merasmikan Forum Perniagaan Platform Promosi Perdaganga­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) China-ASEAN (CASTPP) Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia