Harian Metro

Kerjasama Proton, Geely wujud prospek positif

-

Pengedar Proton Holdings Bhd (Proton) yakin pengeluar kereta nasional itu mempunyai masa depan lebih cerah selepas pengambila­lihan dan sebilangan­nya berhasrat menambah pelaburan untuk membuka lebih banyak cawangan.

Keyakinan itu berikutan prospek positif susulan kerjasama Proton dan

Geely menerusi lawatan ke syarikat automotif China itu yang diadakan Proton bersama pengedar terbaiknya, baru-baru ini.

Proton dalam satu kenyataan berkata, syarikat terbabit baru-baru ini menggesa pengedar dan pengendali pusat perkhidmat­an untuk menaik taraf kemudahan mereka sebagai persediaan untuk model baru Proton yang akan diperkenal­kan pada tahun depan.

Katanya, lawatan itu membabitka­n seramai 28 pengedar Proton, disertai pegawai Proton dan seorang wakil dari institusi kewangan.

“Lawatan berkenaan adalah untuk berkongsi pengalaman pengedar Geely mengendali­kan cawangan mereka di Shanghai dan membuka pintu kepada rakyat Malaysia untuk mempelajar­i dan mengkaji operasi harian mereka.

“Pengedar Proton juga berpeluang melawat ke Institut Penyelidik­an Geely untuk melihat teknologi yang digunakan dan pelbagai reka bentuk masa pada masa akan datang.

“Selain itu, mereka turut dijemput untuk memandu uji model Geely Boyue yang bakal diperkenal­kan di Malaysia dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di Subang Jaya, semalam.

 ??  ?? LAWATAN pengedar Proton ke pusat pengedaran kereta Geely di China, baru-baru ini.
LAWATAN pengedar Proton ke pusat pengedaran kereta Geely di China, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia