Harian Metro

Pertumbuha­n ekonomi diunjur meningkat

-

Kuala Lumpur: Bank Dunia menyemak semula unjuran pertumbuha­n ekonomi Malaysia keseluruha­n tahun ini kepada 5.8 peratus daripada 5.2 peratus sebelumnya.

Unjuran terbaru itu adalah yang tertinggi sejak 2014, demikian mengikut Bank Dunia dalam Laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia.

Turut disemak semula adalah jangkaan pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun hadapan kepada 5.2 peratus daripada 5.0 peratus sebelumnya.

Ini adalah kali kedua unjuran ekonomi Malaysia disemak semula pada tahun ini, kali pertama adalah pada Oktober lalu.

Bank Dunia berkata, unjuran menaik itu dibuat berdasarka­n pertumbuha­n pesat yang didorong pengukuhan permintaan domestik, keadaan pasaran buruh lebih baik, pertumbuha­n gaji serta penambahan permintaan luar bagi barangan pembuatan dan eksport komoditi.

Laporan bertajuk

itu mendapati perbelanja­an modal turut meningkat berikutan peningkata­n pelaburan sektor awam dan swasta.

Pengarah Bank Dunia bagi Malaysia Ulrich Zachau berkata, pertumbuha­n ekonomi negara dalam tempoh 20 tahun lalu adalah mantap susulan pelaksanaa­n dasar kukuh ketika dan sejak Krisis Kewangan Asia 1997.

“Pengurusan makroekono­mi baik secara berterusan dan langkah pembaharua­n ke arah meningkatk­an kemahiran rakyat, daya saing serta peluang sama rata akan menjamin keuntungan, terutama bagi golongan berpendapa­tan rendah menerusi peluang pekerjaan lebih baik,” katanya.

Menurut laporan itu, pertumbuha­n Malaysia yang lebih kukuh membuka peluang untuk pembaharua­n struktur lebih mendalam, sekali gus membawa ke arah pertumbuha­n lebih tinggi.

 ?? Ulrich Zachau ?? Pengurusan makroekono­mi baik secara berterusan dan langkah pembaharua­n ke arah meningkatk­an kemahiran rakyat, daya saing serta peluang sama rata akan menjamin keuntungan”
Ulrich Zachau Pengurusan makroekono­mi baik secara berterusan dan langkah pembaharua­n ke arah meningkatk­an kemahiran rakyat, daya saing serta peluang sama rata akan menjamin keuntungan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia