Harian Metro

18 peratus lebih tinggi

- Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

 Boon Siew Honda jual 113,000 motosikal sehingga November lalu

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) mencatatka­n jualan sekitar 113,000 unit sehingga November tahun ini, 18 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Pengerusi merangkap Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Wira Tan Hui Jing berkata, daripada jumlah itu, model cub paling larisnya, RS150R menyumbang 25 peratus, manakala bakinya hadir daripada pelbagai rangkaian model termasuk skuter.

“BSH menjual kira-kira 10,000 unit motosikal sebulan dengan 3,000 daripadany­a adalah RS150R sekali gus menjadikan ia model penyumbang terbesar kepada jualan kami.

“Bagi motosikal berkuasa besar di bawah label BigWing, BSH menjual kira-kira 400 unit bagi tempoh enam bulan dan berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran jualan 1,000 unit menjelang akhir tahun,” katanya ketika ditemui BH pada program BSH akhir tahun bersama media di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), semalam.

Turut hadir ke program itu adalah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH, Nobuhide Nagata.

Tan berkata, BSH akan memperkena­lkan 10 model baru dan dipertingk­atkan tahun depan bagi menyokong pertumbuha­n jualan syarikat meskipun dalam persekitar­an perniagaan yang mencabar.

“Daripada 10 model ini, tiga daripadany­a adalah model serba baru merangkumi segmen skuter dan cub.

“Kita juga menjangkak­an penguasaan pasaran BSH meningkat kepada 30 peratus tahun depan daripada 25 peratus ketika ini,” katanya.

Mengenai BigWing, beliau berkata, BSH akan membuka empat pusat jualan dan servis baru tahun depan masing-masing dua di Lembah Klang dan satu di Pulau Pinang dan Johor.

“Tahun depan BSH meninjau untuk mengembang­kan label BigWing di pasaran tempatan sekali gus mengembang­kan barisan produk motosikal berkuasa besar di pasaran domestik,” katanya.

 ??  ?? PROGRAM BSH akhir tahun bersama media
di Litar Antarabang­sa Sepang, semalam.
PROGRAM BSH akhir tahun bersama media di Litar Antarabang­sa Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia