Harian Metro

Animasi BoBoiBoy bakal tembusi pasaran China

-

Kuala Lumpur: Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta), syarikat tempatan yang popular dengan siri animasi BoBoiBoy bakal meraih 2.6 bilion penonton menerusi kerjasama strategik dengan syarikat dari China dan India iaitu WebTVAsia dan Disney Channel India.

Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Razak berkata, siri animasi itu bakal bersiaran di China pada suku pertama 2018 manakala bagi negara sub-benua India, ia sudahpun mula ditayangka­n sejak Ogos tahun ini.

Beliau berkata, usaha sama itu sekali gus menandakan satu lagi kejayaan buat syarikat animasi tempatan itu untuk berada di pasaran antarabang­sa dalam memasarkan produk berkualiti dengan identiti Malaysia.

“Peminat BoBoiBoy kini di 55 negara menjadikan impian kami selama ini bukan hanya mimpi kerana bukan sahaja mengekspor­t produksi animasi ini, tetapi turut mempamerka­n budaya Malaysia yang unik.

“Apa yang penting, dengan menembusi dua pasaran besar ini, kami berharap jenama ini akan lebih dikenali oleh kanak-kanak seluruh dunia dan memberada buka peluang lebih besar kepada industri animasi Malaysia,” katanya pada majlis menandatan­gani kerjasama strategik antara Monsta dengan WebTVAsia, semalam. Malaysia Airlines dipilih menerima anugerah Syarikat Penerbanga­n ASEAN terkemuka di Indonesia pada majlis Indonesia Travel Tourism Awards (ITTA) 2017/18.

Syarikat penerbanga­n itu yang memaparkan pelbagai jenama pelanconga­n mengagumka­n di seluruh industri pelanconga­n di Indonesia adalah antara 160 calon dalam 50 kategori.

Pengurus Rantau Asia Tenggara Malaysia Airlines, Yuzrizal Mohd Yousuf menerima anugerah berkenaan bagi pihak syarikat.

Mengulas mengenai kemenangan itu, Ketua Pegawai Komersial, Arved von Zur Muehlen berkata, syarikat penerbanga­n itu amat berbesar hati diberikan penghargaa­n berkenaan oleh Yayasan ITTA Indonesia.

“Kami kini mengendali­kan 49 penerbanga­n mingguan ke Jakarta, 21 kali seminggu ke Denpasar, Bali, 14 kali seminggu ke Medan dan paling baru menambah penerbanga­n berjadual tujuh kali seminggu ke Surabaya.

“Dengan kemenangan ini, kami gembira untuk meraikan dan mengukuhka­n lagi hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia, dua negara yang berkongsi budaya, makanan dan bahasa yang sama,” katanya dalam kenyataan, semalam.

 ??  ?? NIZAM (empat dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mohmood (tiga dari kiri) selepas majlis menandatan­gani kerjasama strategik antara Monsta dengan WebTVAsia, semalam.
NIZAM (empat dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mohmood (tiga dari kiri) selepas majlis menandatan­gani kerjasama strategik antara Monsta dengan WebTVAsia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia