Harian Metro

KORBAN KAHWIN PAKSA

- Agensi

 Remaja bunuh diri selepas bernikah dengan bekas kakak ipar

Seorang budak lelaki berusia 15 tahun bertindak membunuh diri selepas dipaksa keluargany­a berkahwin dengan balu abangnya sendiri.

Mahadev Das ditemui dalam keadaan tergantung beberapa jam selepas berkahwin dengan bekas kakak iparnya, Ruby Devi, 25, di Kampung Vinoba Nagar di negeri Bihar.

Ramai penduduk kampung dan keluarga kedua-dua belah pihak menghadiri majlis perkahwina­n berkenaan di sebuah kuil di kampung itu pada Isnin lalu.

Selepas upacara berkenaan, Mahadev segera pulang ke rumah dan mengurung diri dalam bilik.

Keluarga Mahadev pada mulanya menyangka remaja itu mahu berehat kerana penat tetapi mangsa tidak keluar hingga pagi keesokanny­a.

Kerana curiga, keluarga Mahadev bertindak memecah pintu bilik itu dan terkejut apabila melihat remaja terbabit tidak bernyawa serta tergantung di siling menggunaka­n sehelai kain.

Jurucakap polis memberitah­u, ahli keluarga Mahadev segera membawa remaja itu ke hospital berhampira­n tetapi doktor mengesahka­n mangsa sudah lama meninggal dunia.

Katanya, remaja itu dipaksa berkahwin dengan Ruby selepas kematian abangnya akibat terkena renjatan

2013.

Bagaimanap­un, bapa mangsa, Chandreshw­ar

elektrik

pada Das, 80, memberitah­u Hindustan Times, Mahadev enggan berkahwin dengan wanita itu yang menjaganya seperti anaknya sendiri.

Menurutnya, dia menerima pampasan selepas abang Mahadev meninggal dunia tetapi keluarga Ruby mahu keseluruha­n bayaran itu.

“Mereka terus mendesak saya sama ada memberi wang berkenaan atau mengahwink­an Mahadev dengan Ruby yang mempunyai dua orang anak,” jelasnya.

Polis kini menahan beberapa ahli keluarga kedua-dua pasangan berkenaan mengikut undang-undang perkahwina­n kanak-kanak.

 ??  ?? MAHADEV bergambar dengan Ruby ketika upacara perkahwina­n mereka di sebuah kuil di Kampung Vinoba Nagar di negeri Bihar, India pada Isnin lalu. - Agensi
MAHADEV bergambar dengan Ruby ketika upacara perkahwina­n mereka di sebuah kuil di Kampung Vinoba Nagar di negeri Bihar, India pada Isnin lalu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia