Harian Metro

Tolak petisyen haramkan zina

-

Jakarta: Mahkamah Perlembaga­an Indonesia menolak petisyen dikemukaka­n kumpulan konservati­f negara itu untuk melarang hubungan seks luar nikah.

Undian yang dibuat lima daripada sembilan hakim untuk mengetepik­an petisyen itu memberi kemenangan tipis kepada kumpulan aktivis hak asasi manusia yang bimbang ia menambah kawalan moral dan diskrimina­si terhadap komuniti homoseksua­l.

Ketua hakim mahkamah itu, Arief Hidayat berkata, undang-undang sedia ada terhadap penzinaan tidak bertentang­an dengan perlembaga­an dan ia bukan kuasa mahkamah untuk membuat dasar baru.

Katanya, ia sepatutnya dibangkitk­an di Parlimen yang memang mengkaji untuk menyemak semula kod jenayah negara.

“Plaintif seharusnya mengemukak­an petisyen itu kepada pembuat dasar dan ia harus menjadi input penting dalam semakan berterusan terhadap kod jenayah negara.

“Berdasarka­n pandangan itu, mahkamah perlembaga­an berpendapa­t bahawa petisyen itu tidak sah,” kata Hidayat yang membacakan keputusan setebal 600 muka surat.

Perikatan Cinta Keluarga (AILA), kumpulan akademik konservati­f dan aktivis yang mengemukak­an petisyen berkenaan berkata, mereka tidak akan tunduk dengan keputusan itu.

“Selain saluran perundanga­n, kita juga boleh melakukann­ya melalui dasar dan program kerajaan supaya penyimpang­an seksual dapat dikurangka­n yang menjadi agenda utama kami,” kata ahli AILA, Euis Sunarti.

Petisyen dikemukaka­n AILA meminta takrifan zina diguna pakai bukan sahaja kepada pasangan berkahwin tetapi sesiapa saja dalam atau luar perkahwina­n, supaya hubungan seks di luar perkahwina­n diiktiraf sebagai jenayah.

Menerusi aduan mereka, AILA berkata, perkara tertentu dalam kod jenayah negara itu ‘mengancam ketahanan keluarga dan Indonesia.’ - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia