Harian Metro

6,700 maut dalam sebulan

-

Yangon: Sekurang-kurangnya 6,700 orang etnik Islam Rohingya dilaporkan terbunuh dalam tempoh sebulan pertama dijadikan sasaran tentera Myanmar di Rakhine pada Ogos lalu, kata Doktor Tanpa Sempadan (MSF).

Angka korban itu yang paling tinggi sejak konflik tercetus pada 25 Ogos lalu dan menyebabka­n krisis terbesar pelarian yang melihat lebih 620,000 golongan itu lari ke Bangladesh dalam tempoh tiga bulan.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat (AS) menyifatka­n operasi ketenteraa­n itu sebagai pembersiha­n etnik terhadap minoriti Islam, namun anggaran sebenar angka korban masih belum didedahkan.

“Sekurang-kurangnya 6,700 Rohingya dianggarka­n terbunuh termasuk 730 orang kanak-kanak berusia di bawah lima tahun,” kata MSF.

Angka itu diperoleh menerusi enam bancian yang dilakukan membabitka­n 2,434 etnik itu yang berlindung di kem pelarian dalam tempoh sebulan.

“Kami bertemu dengan mereka yang terselamat daripada keganasan di Myanmar. Mereka kini berlindung di sebuah kem di Bangladesh yang terlalu sesak dan kotor.

“Apa yang kami dapat tahu amat mengejutka­n, dari segi bilangan mangsa yang melaporkan kematian ahli keluarga akibat keganasan, selain cara kecederaan dan pembunuhan yang dahsyat,” kata pengarah perubatan kumpulan, Sidney Wong.

Berdasarka­n bancian itu, kecederaan akibat terkena tembakan punca kematian tertinggi iaitu sebanyak 69 peratus daripada keseluruha­n kes.

Manakala sembilan peratus lagi mangsa dibakar hidup-hidup di dalam rumah, dan lima peratus dipukul mati.

Hampir 60 peratus kanak-kanak berusia di bawah lima tahun mati ditembak.

Tentera Myanmar menafikan kekejaman itu berlaku dan mengatakan hanya 400 orang termasuk 376 ‘pengganas’ Rohingya mati dalam beberapa minggu pertama susulan tindakan ketenteraa­n berkenaan. AFP

 ??  ?? SEBUAH keluarga Rohingya membuka makanan diberikan kepada mereka di pusat pengagihan makanan Balukhali berhampira­n Cox's Bazar, Bangladesh. - EPA
SEBUAH keluarga Rohingya membuka makanan diberikan kepada mereka di pusat pengagihan makanan Balukhali berhampira­n Cox's Bazar, Bangladesh. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia