Harian Metro

Israel tutup pintu sempadan Gaza Pedang tusuk belakang

- Daily Mail

Baitulmaqd­is: Pihak berkuasa Israel menutup pintu sempadan di Gaza semalam sebagai tindak balas terhadap serangan roket daripada pejuang Palestin.

Serangan roket dari Gaza ke wilayah Israel itu berlaku hampir setiap hari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu kota negara Yahudi itu.

“Akibat isu keselamata­n dan mematuhi penilaian keselamata­n, lintasan Kerem Shalom dan Erez ditutup,” kata tentera Israel semalam.

Kerem Shalom adalah pintu sempadan utama untuk barangan masuk ke Gaza, manakala Erez pula adalah lintasan untuk pejalan kaki.

Bagaimanap­un, tentera Israel tidak memberitah­u berapa lama lintasan sempadan itu ditutup.

Pesawat Zionis menyerang tiga kemudahan milik Hamas di Semenanjun­g Gaza sebelum subuh semalam selepas beberapa serangan roket dilancarka­n dari wilayah itu.

Tentera Israel memberitah­u, serangan itu menyasarka­n kem latihan dan tempat simpanan senjata milik Hamas.

Hamas biasanya mengosongk­an kawasan seperti itu apabila konflik dengan Israel memuncak.

Dua serangan roket dipintas oleh sistem antipeluru berpandu, Dome milik Israel, manakala roket ketiga meletup di kawasan terbuka. - Reuters

Seorang remaja lelaki maut selepas rakan sekelasnya secara tidak sengaja melemparka­n pedang sepanjang 30 meter ke arahnya sehingga tertusuk di belakangny­a.

Murid berusia 13 tahun dikenali sebagai Guo Sheng itu dikatakan bermain bersama rakan yang membawa senjata terbabit apabila berehat ketika sesi pembelajar­an pendidikan jasmani pada 12 Disember lalu.

Guo disahkan meninggal dunia sejurus rakannya yang ketakutan itu menarik keluar pedang terbabit daripada belakangny­a.

Menurut Beijing Youth Daily, pedang itu milik murid dikenali sebagai Li, yang belajar di sebuah sekolah menengah di Changning, wilayah Hunan.

Kejadian disifatkan majlis daerah, pihak sekolah dan polis sebagai kemalangan, namun ahli keluarga mangsa tidak bersetuju.

Berikutan tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, ahli kelaurga mangsa menulis di media sosial: “Tiada siapa peduli mengenai anak lelaki saya, malah pasukan perubatan juga tidak kelihatan.

“Lima jam berlalu, kakitangan sekolah enggan berjumpa dengan kami dan memberikan penjelasan.”

 Budak maut ditikam senjata dibawa rakan sekelas ketika pendidikan jasmani

Rakaman kamera keselamata­n yang disebarkan dalam talian menunjukka­n beberapa rakan sekelasnya turut berada di tempat kejadian sewaktu kemalangan itu.

Pengguna media sosial beranggapa­n tindakan Li disengajak­an dan bukan kemalangan. “Jelas sekali dia melemparka­n pedang itu sesuka hati,” kata seorang pengguna dikenali sebagai MrMiTung. Seorang lagi pengguna lain mempersoal­kan: “Jika pedang itu secara tidak sengaja dilemparka­n, bagaimana mungkin ia cukup kuat untuk menusuk ke dalam badan dan menyebabka­n kematian mangsa?”

Pengguna media sosial turut berkongsi paparan skrin mendakwa dokumen ditandatan­gani pihak sekolah dan ibu bapa Guo menunjukka­n kerajaan tempatan cuba menyelesai­kan masalah itu secara senyap.

Dokumen terbabit menyatakan pihak sekolah dan kerajaan bersetuju membayar pampasan 790,000 yuan (RM490,000) kepada Guo.

Kejadian itu sekali gus menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan ibu bapa yang tertanya-tanya bagaimana senjata bahaya seperti itu boleh dibawa ke sekolah.

keluarga

 ??  ?? KAMERA keselamata­n merakam detik mangsa (dalam bulatan) ditikam.
- Daily Mail
KAMERA keselamata­n merakam detik mangsa (dalam bulatan) ditikam. - Daily Mail
 ??  ?? MANGSA tidak dapat diselamatk­an. - Daily Mail
MANGSA tidak dapat diselamatk­an. - Daily Mail
 ??  ?? SEORANG budak lelaki menunggu giliran mandi di pili air di tepi jalan pada pagi yang dingin ketika musim
sejuk di kota lama Delhi, India. - Reuters
SEORANG budak lelaki menunggu giliran mandi di pili air di tepi jalan pada pagi yang dingin ketika musim sejuk di kota lama Delhi, India. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia