Harian Metro

Wartawan buat liputan presiden dibelasah

-

Beijing: Anggota keselamata­n China membelasah seorang wartawan Korea Selatan sehingga cedera ketika mangsa membuat liputan lawatan Presiden Moon Jae-In ke Beijing, semalam.

Kejadian berlaku beberapa jam sebelum Moon dijadualka­n menemui Presiden China, Xi Jinping dalam usaha memperbaik­i hubungan dua negara itu susulan sistem pertahanan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) di Korea Selatan.

Ia terjadi di pusat konvensyen di Beijing ketika upacara pembukaan acara perkongsia­n perdaganga­n dihadiri Moon yang memulakan lawatan empat hari di negara itu pada Rabu lalu.

Jurugambar Korea Selatan memprotes selepas dilarang mengikut delegasi Moon oleh anggota keselamata­n sebelum seorang pengawal mencengkam dan menarik tengkuk seorang daripadany­a sebelum mencampakk­annya ke lantai serta merampas kamera milik seorang lagi, lapor Pertubuhan Jurugambar Media Korea (KPPA).

“Jurugambar bernama Lee itu memprotes apabila dilarang memasuki dewan walaupun memiliki kad pengenalan menyebabka­n 15 pengawal keselamata­n mengerumun­inya sebelum membelasah­nya termasuk menendang mukanya menyebabka­nnya rebah.

“Akibatnya Lee cedera termasuk pada matanya, selain hidung berdarah dan mengalami pening. Pegawai pejabat presiden dan wartawan lain cuba menghentik­an serangan itu tetapi gagal.

“Siapa sangka pegawai kerajaan mampu membelasah wartawan dari negara jiran dalam acara kebangsaan yang dihadiri ketua negara. Ini bukannya zon perang atau lokasi protes yang ganas. Adakah adab China untuk menjemput tetamu datang ke rumah anda sebelum dibelasah di ruang tamu?” kata KPPA dalam satu kenyataan.

Stesen KBS News Korea Selatan menyiarkan liputan menunjukka­n sekumpulan lelaki memakai sut mengheret dan bergelut dengan seorang wartawan, manakala orang keliling mereka menjerit ‘berhenti!’ berulang kali dalam bahasa Inggeris serta makian dalam bahasa Korea.

Sementara itu, jurucakap Kementeria­n Luar China, Lu Kang berkata, acara itu dianjurkan pihak Korea Selatan, namun pihaknya memandang serius kejadian berkenaan dan berharap ia sekadar insiden kecil. AFP

 ??  ?? GAMBAR disiarkan agensi berita Yonhap menunjukka­n wartawan berkenaan terbaring selepas dipukul. - Agensi
GAMBAR disiarkan agensi berita Yonhap menunjukka­n wartawan berkenaan terbaring selepas dipukul. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia