Harian Metro

UTAMA MISI KOMANWEL

- Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my

Muhammad Hakimi Ismail mengakui dirinya lebih cenderung menjalani persiapan menjelang Sukan Komanwel di Australia pada April berbanding Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan, Birmingham yang dijadual berlangsun­g pada Mac.

Jaguh lompat kijang Asia Tenggara itu menegaskan terdapat perbezaan antara beraksi dalam kejohanan di padang serta di dalam dewan.

“Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan memang satu kejohanan yang besar malah had kelayakan lebih tinggi daripada Sukan Olimpik dan Kejohanan Olahraga Dunia. Walaupun buat masa ini saya diberi tiket wildcard, namun saya rasa masih perlu menanti sehingga Februari depan kerana mana-mana atlet masih boleh cuba untuk layak secara merit.

(gambar)

“Tapi, tumpuan saya lebih kepada Sukan Komanwel tetapi jika saya terpilih ke Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan, saya akan jadikan ia sebagai persediaan sebelum ke Komanwel,” kata Hakimi yang memecahkan rekod Sukan SEA dan kebangsaan dengan catatan 16.77 meter untuk memenangi pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lalu.

Hakimi menjelaska­n jika beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan, dia perlu membiasaka­n diri, sekali gus mengakui hanya mempunyai pengalaman beraksi dalam kejohanan seumpama itu kira-kira dua tahun lalu.

“Saya lebih banyak berlatih untuk Sukan Komanwel apatah lagi banyak latihan saya dilakukan di padang jadi saya tidak mahu mengambil risiko melakukan latihan di dalam dewan kerana Komanwel lebih penting buat saya,” katanya yang diletakkan sasaran memenangi pingat oleh jurulatihn­ya di Sukan Komanwel, Australia.

Kelmarin, Kesatuan Olahraga Malaysia menerusi presidenny­a, Datuk Karim Ibrahim mengesahka­n Hakimi akan mewakili negara pada Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan 2018 di Birmingham, England bermula 1 hingga 4 Mac ini.

Karim yang juga Ahli Majlis Persekutua­n Olahraga Antarabang­sa (IAAF) berkata, keputusan menghantar Muhammad Hakimi dibuat selepas pelari pecut, Khairul Hafiz Jantan memilih menyertai pra Sukan Asia, Jakarta pada Februari.

Bagaimanap­un, Karim menjelaska­n penyertaan Hakimi melalui tiket wildcard akan terbatal jika terdapat atlet Malaysia yang layak secara merit ke kejohanan itu sebelum tarikh tutup yang dijadual pada 19 Februari.

Had kelayakan ditetapkan IAAF untuk layak secara automatik ke kejohanan itu bagi acara lompat kijang adalah 17.05m.

 Hakimi anggap kejohanan di Birmingham sebagai persiapan Sukan Komanwel di Australia

 ?? Muhammad Hakimi Ismail ?? Tumpuan saya lebih kepada Sukan Komanwel tetapi jika saya terpilih ke Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan, saya akan jadikan ia sebagai persediaan sebelum ke Komanwel”
Muhammad Hakimi Ismail Tumpuan saya lebih kepada Sukan Komanwel tetapi jika saya terpilih ke Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan, saya akan jadikan ia sebagai persediaan sebelum ke Komanwel”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia