Harian Metro

Nicol ‘jinak’ seteru utama

-

 Ratu skuasy negara buru gelaran dunia kesembilan lepas raih kemenangan sukar ke atas Annie

11-3, 10-12, 11-6 dalam tempoh 33 minit untuk mara ke suku akhir yang mana dia akan bertemu pilihan kedua dari Mesir, Raneem El Weleily hari ini.

Nicol seakan pasti mencatat kemenangan mudah apabila mendahului set ketiga 10-5 tetapi Annie bangkit mengejar sebelum mengheret aksi ke set keempat.

Namun, Nicol, 34, mengekalka­n ketenangan untuk memanfaatk­an beberapa kesilapan Annie sekali gus melebarkan rekod kemenangan ke atas pemain nombor 11 dunia itu kepada 25-1.

“Saya tahu dia (Annie) akan memberikan tentangan dan saya tahu dia amat berbakat,” kata Nicol, yang kali terakhir memenangi gelaran dunia pada edisi 2014 di Kaherah.

“Saya amat gembira dengan permainan hari ini (semalam) dan di set keempat saya tahu saya hanya perlu mengawal tekanan dengan baik.

“Pada set keempat, dia cuba melengahka­n masa untuk melakukan pukulan tapi saya terus memberi tekanan dan kekal dengan perancanga­n asal.”

Jaguh Mesir, Raneem yang juga naib juara dunia dua kali, mara ke kelompok lapan terakhir selepas mengatasi

Victoria Lust dari England 11-5, 15-13, 11-13, 11-5 pada pusingan kedua.

Pemain nombor dua dunia itu bagaimanap­un akan turun dengan motivasi tinggi selepas menewaskan Nicol dalam empat pertemuan terakhir biarpun rekod pertemuan lebih memihak kepada wakil negara itu dengan 18-7.

 ??  ??
 ??  ?? ANNIE tumpas di tangan Nicol.
ANNIE tumpas di tangan Nicol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia