Harian Metro

THT gugur Faizal, Fitri?

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tiga pasukan utama Liga Premier berminat mendapatka­n khidmat Faizal dan Fitri Saari selepas wujud dakwaan Terengganu Hockey Team (THT) enggan menawarkan kontrak baru kepada gandingan adik beradik itu.

Difahamkan keadaan itu berpunca daripada langkah kerajaan negeri Terengganu mengurangk­an bajet pasukan, selain ingin tampil dengan skuad berwajah baru pada musim depan.

Malah, beberapa pemain lain turut senasib dengan Faizal dan Fitri apabila difahamkan ada antara mereka yang kontrak tamat pada 31 Disember ini diarah supaya mencari pasukan baru musim depan.

Setakat ini, hanya penyerang, Firhan Ashari dan Tengku Ahmad Tajuddin Ab Jalil muncul dua pemain pertama yang sudah mengangkat kaki dan memilih berhijrah ke Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Dengan langkah ini bermakna, THT bakal mempertaru­hkan ramai pemain muda untuk musim 2018 yang akan dibantu kehadiran pakar pukulan sudut penalti terbaik dunia dari Argentina, Gonzalo Peillat.

Ketika ditanya mengenai khabar angin itu, Fitri, 24, bagaimanap­un menyerahka­n sepenuhnya kepada pihak pengurusan sambil mengesahka­n beberapa pasukan sudah menyatakan minat kepadanya.

“Itu hak THT dan saya sentiasa menghormat­i keputusan mereka.

“Katakan pihak pengurusan enggan menyambung kontrak, saya dan Faizal tiada masalah untuk berhijrah ke kelab lain kerana kami sudah menerima beberapa tawaran.

“Apapun buat masa ini saya belum bersedia membuat keputusan kerana masih di Oman, tunggu sebaik saya pulang dari Oman pada 23 Disember ini,” kata Fitri.

 ??  ?? FITRI
FITRI
 ??  ?? FAIZAL
FAIZAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia