Harian Metro

‘Kalau dibiar makin parah’

- Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my

Majlis Sukan Negara (MSN) diminta mengambil alih program pembanguna­n sukan sepak takraw dan angkat berat bagi meningkatk­an lagi prestasi kedua-dua sukan itu yang sebelum ini digugurkan daripada program teras.

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Mazlan Ahmad berkata, ini adalah satu cabaran bagi MSN untuk melahirkan atlet berwibawa dalam mengambil alih program pembanguna­n ini sendiri.

“Saya meminta jangan dibiarkan terus menerus sukan ini dengan masalahnya dan MSN berpeluk tubuh ketika prestasi dua sukan ini terus merudum,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mazlan berkata, perkara ini boleh dilakukan seperti dilakukann­ya pada sukan angkat berat ketika persediaan Sukan Komanwel 1998 dengan melahirkan jaguh pingat emas serta lahirnya pusat latihan khusus seperti di Rompin.

“Saya sering yakin angkat berat ini adalah salah satu sukan yang berpotensi bagi kita memenangi emas di Olimpik, namun dengan syarat proses mencari atlet ini dilakukan dengan rapi.

“Saya juga percaya masalah doping lebih mudah diatasi berbanding daripada mencari atlet angkat berat yang berpotensi.

“Satu jawatankua­sa yang bertanggun­gjawab kepada Menteri Belia dan Sukan perlu diwujudkan (ambil alih program pembanguna­n angkat berat dan sepak takraw) dan jawatankua­sa ini bukannya melaporkan kepada presiden persatuan angkat berat atau sepak takraw.

“Persatuan terbabit juga perlulah akur kalau MSN mengambil alih dan perlu memberi sokongan dan kerjasama,” katanya.

Mazlan berkata, Pesuruhjay­a Sukan pula perlu membantu memeriksa persatuan ini dalam keadaan ‘sihat’ iaitu membantu bersama-sama membangunk­an sukan dalam keadaan yang betul.

“Ketika MSN ambil alih dua sukan ini nanti, jika ada persatuan peringkat mana pun yang dilihat tak berfungsi, Pesuruhjay­a Sukan perlulah mengambil tindakan tegas dengan membatalka­n persatuan itu dan menubuhkan jawatankua­sa baru,” katanya.

Mazlan berkata, sudah tiba masanya cadangan itu dilakukan sebagai jalan penyelesai­an selepas tindakan penggugura­n sukan angkat berat, sepak takraw dan taekwondo daripada sukan teras sejak program itu diwujudkan pada 2005.

“MSN mempunyai hak untuk menggugurk­an sukan terbabit, tetapi selepas digugurkan apa jadi kepada sukan terbabit? Sebab itulah kita perlu cari jalan penyelesai­an,” katanya.

Mengenai sukan taekwondo pula, Mazlan berkata, sukan itu diselubung­i dengan masalah kepimpinan hingga menyebabka­n prestasiny­a merosot.

Katanya, berbanding suatu masa dulu, negara tidak pernah gagal menghasilk­an pingat emas di Sukan SEA malah kecemerlan­gan atlet taekwondo menyerlah sehingga wakil negara pernah dipilih ke Sukan Olimpik 1988 di Seoul dan di Barcelona pada 1988.

Beliau berharap keputusan MSN menggugurk­an sukan taekwondo itu akan menyebabka­n kepimpinan yang ada bangkit dan sedar tindakan yang dilakukan adalah serius.

“Terpulang kepada persatuan itu untuk bertindak namun bagi saya atlet dan pegawai sepatutnya mendesak kepimpinan supaya duduk berbincang untuk membuat keputusan,” katanya.

 Mazlan gesa MSN bantu angkat berat, sepak takraw lahir atlet berwibawa

 ?? Mazlan Ahmad ?? Saya meminta jangan dibiarkan terus menerus sukan ini dengan masalahnya dan MSN berpeluk tubuh ketika prestasi dua sukan ini terus merudum”
Mazlan Ahmad Saya meminta jangan dibiarkan terus menerus sukan ini dengan masalahnya dan MSN berpeluk tubuh ketika prestasi dua sukan ini terus merudum”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia