Harian Metro

TM persoal tindakan ‘pelik’ MSN

-

Kuala Lumpur: Taekwondo Malaysia (TM) mempersoal­kan tujuan sebenar Majlis Sukan Malaysia (MSN) mengeluark­an sukan itu daripada senarai 19 sukan teras kebangsaan.

Timbalan presiden TM, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib berkata, beliau hairan kerana sehingga hari ini (semalam), pihaknya langsung tidak diberi peluang dan ruang untuk berbincang dengan MSN.

Beliau yang juga Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata, badan induk sukan negara itu juga tidak pernah diajak berbincang oleh MSN mengenai penggugura­n tiga sukan berkenaan.

Selasa lalu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumka­n taekwondo antara tiga sukan teras yang digugurkan selain sepak takraw dan angkat berat.

“Saya hairan mengapa sukan taekwondo yang tersenarai dalam acara di Sukan Olimpik perlu digugurkan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Nazifuddin berkata, terdapat ramai rakan-rakan di MSN negeri yang menyatakan ketidakpua­san hati dengan tindakan penggugura­n itu yang dibuat secara mengejut dan tanpa perbincang­an serta sokongan daripada MSN negeri.

“Saya rasa kalau hendak menguatkan lagi sukan taekwondo, seharusnya kami diberi peluang, dana dan sokongan supaya kami boleh menghantar seberapa ramai atlet ke luar negara untuk menyertai pertanding­an antarabang­sa.

“Bukan dengan tindakan mengeluark­an sukan ini daripada senarai sukan di SUKMA (Sukan Malaysia). Berapalah sangat kos untuk menyenarai­kan taekwondo dalam SUKMA, ia bukanlah kos yang tinggi,” katanya.

Nazifuddin menegaskan SUKMA ialah tempat anak-anak muda mengasah bakat dan menunjukka­n potensi yang ada untuk diangkat menjadi pelapis skuad kebangsaan seterusnya mewakili negara pada masa akan datang.

Alasan penggugura­n sukan yang pertama kali dilakukan MSN sejak 2007 itu disebabkan prestasi yang tidak memuaskan, masalah doping dan percakaran dalam persatuan.

Ketika temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, taekwondo menyumbang­kan tiga emas menerusi Chew Wei Yan dan Yap Khim Wen dalam acara poomsae manakala Rozaimi Rozali mengunggul­i acara kyorugi.

Malah atlet taekwondo, Elaine Teoh pernah beraksi di dua pentas Sukan Olimpik iaitu Athens (2004) dan Beijing (2008). – BERNAMA

 ?? Mohd Nazifuddin Mohd Najib ?? Seharusnya kami diberi peluang, dana dan sokongan supaya kami boleh menghantar seberapa ramai atlet ke luar negara untuk menyertai pertanding­an antarabang­sa”
Mohd Nazifuddin Mohd Najib Seharusnya kami diberi peluang, dana dan sokongan supaya kami boleh menghantar seberapa ramai atlet ke luar negara untuk menyertai pertanding­an antarabang­sa”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia