Harian Metro

Pelaburan jadi sia-sia

-

Kuching: Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan kecewa dengan keputusan Majlis Sukan Negara (MSN) menggugurk­an tiga acara sukan teras daripada senarai utama acara pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Perak tahun depan.

Beliau berkata, badan induk sukan negara itu sepatutnya perlu melihat kesan penggugura­n sukan sepak takraw, angkat berat dan taekwondo itu secara menyeluruh.

Katanya, keputusan menggugurk­an tiga acara sukan teras itu nyata memberi kesan yang besar terutama kepada setiap pasukan atau negeri yang sudah banyak melabur dalam membuat persiapan untuk menghadapi Sukma 2018.

“Paling ketara kesannya kepada atlet daripada tiga sukan berkenaan yang gigih berlatih demi untuk memastikan mereka terpilih mewakili negeri masing-masing dan juga bagi negeri yang mengambil jurulatih berkualiti untuk membentuk pasukan masing-masing.

“Pada pandangan saya pihak Kementeria­n Belia dan Sukan serta MSN perlu mengadapta­si pendekatan digunakan oleh penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk dengan hanya mengharamk­an penyertaan atlet yang terbabit dengan doping, namun tidak menghentik­an penganjura­n temasya berkenaan,” katanya.

Snowdan berkata, jika masalah ini berlaku di peringkat kebangsaan ia tidak seharusnya membabitka­n negeri lain.

“Ambil contoh tindakan jawatankua­sa penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk yang hanya menyekat penyertaan Russia kerana atlet mereka terbabit dengan isu doping tetapi tidak menghentik­an penganjura­n sukan itu. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia