Harian Metro

Trio takraw pertahan kejuaraan

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Kontrovers­i tak gugat prestasi regu negara ungguli Piala Raja Thailand

Pergolakan dalam arena sepak takraw negara nyata tidak mengugat prestasi pemain kebangsaan apabila berjaya mempertaha­nkan kejuaraan antara regu Piala Raja Thailand di Bangkok, semalam.

Walaupun tanpa penyertaan Thailand, regu negara kendalian jurulatih Abdul Talib Ahmad membuktika­n mereka adalah antara warga sukan berkenaan yang perlu dihormati di pentas antarabang­sa.

Trio negara diketuai Mohd Syahir Rosdi (tekong), Mohd Farhan Adam (pengumpan) dan Muhammad Norhafizi Abd Razak (perejam) memastikan gelaran juara apabila tidak berdepan masalah menewaskan Indonesia 2-0 (21-15, 21-11) dalam aksi yang berlangsun­g di pusat membeli-belah Fashion Island itu.

Terdahulu, pada saingan sebelah pagi, trio negara yang turut dibarisi Zulkifli Abd Razak (tekong) dan Mohd Hanapiah Dolah (perejam) menewaskan Korea Selatan 2-0 (22-20, 21-14).

Mereka juga menewaskan Vietnam (suku akhir) serta Laos dan Jepun pada peringkat kumpulan.

Selain itu, Malaysia turut mempertaha­nkan kejuaraan acara quadrant (berempat) lelaki apabila menewaskan Singapura, kelmarin.

Arena sepak takraw negara ‘panas’ sejak beberapa hari lalu apabila digugurkan daripada sukan teras kendalian Majlis Sukan Negara (MSN) serta Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak.

Malah, PSM juga ‘hilang pengaruh’ di peringkat Persekutua­n Sepaktakra­w Antarabang­sa (ISTAF) apabila tiada wakil negara tersenarai dalam pucuk pimpinan badan berkenaan bagi penggal 2018-2021.

 ??  ?? SKUAD regu takraw negara bersama pegawai bergambar selepas julang Piala Raja Thailand.
SKUAD regu takraw negara bersama pegawai bergambar selepas julang Piala Raja Thailand.
 ??  ?? SKUAD takraw negara tumpaskan Indonesia 2-0 di final Piala Raja Thailand.
SKUAD takraw negara tumpaskan Indonesia 2-0 di final Piala Raja Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia