Harian Metro

PSM akan kemuka rayuan

-

Kuala Lumpur: Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) akan mengemukak­an rayuan bagi membolehka­n sukan tradisi berkenaan kembali disenaraik­an sebagai sukan teras dan dipertandi­ngkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.

Menurut Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Atlet Kebangsaan PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan, langkah berkenaan akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Biar Ahli Majlis Tertinggi dan Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail berbincang dulu dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarka­n.

“Namun, saya boleh mengesahka­n kami akan mengemukak­an rayuan agar sepak takraw dapat dikembalik­an sebagai sukan teras dan dipertandi­ngkan di SUKMA 2018 di Perak,” jelasnya.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Rabu lalu mengumumka­n sepak takraw antara yang digugurkan sebagai sukan teras selain digugurkan daripada SUKMA 2018 dengan alasan tiada peningkata­n prestasi.

“Bagaimana sukan warisan dan tradisi masyarakat Melayu ini mahu berkembang sekiranya tidak dibantu. Ia wajib dipertahan­kan.

“Adalah sukar untuk PSM melakukan program pembanguna­n tanpa bantuan dan sokongan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS),” katanya.

Pada masa sama, beliau yang juga Presiden Persatuan Sepaktakra­w Wilayah Persekutua­n mengingatk­an pihak tertentu agar tidak mengambil kesempatan melaga-lagakan PSM dengan Menteri serta MSN termasuk mendesak Ahmad meletak jawatan susulan isu berkenaan.

“Tiada kemelut dalam pengurusan PSM dan selama ini pengurusan PSM berjalan dengan baik dan harmoni. Bagi membangunk­an sukan sepak takraw, ia memerlukan sokongan dan bantuan semua pihak, bukan cubaan sesetengah pihak yang hendak menjatuhka­n kepimpinan yang ada,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia