Harian Metro

Rommi saran PSM bertindak lebih agresif

-

Kuala Lumpur: Bekas pemain negara, Rommi Suhendra Norsal menyaranka­n agar barisan kepimpinan Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) bersikap lebih agresif meningkatk­an mutu sukan berkenaan susulan penggugura­n sebagai sukan teras.

Jelasnya, badan induk sepak takraw negara perlu melihatnya sebagai satu cabaran untuk kembali meningkatk­an mutu dan prestasi.

“Saya bersetuju dengan tindakan yang dilakukan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN). Lebih baik PSM menerimany­a secara terbuka.

“Mereka perlu melihatnya sebagai satu cabaran dengan melakukan perancanga­n untuk skuad negara dan negeri. PSM perlu lebih agresif dan kemungkina­n mereka akan kembali disenaraik­an sebagai sukan teras pada masa depan,” jelas bekas tekong negara itu.

Tambahnya, lebih banyak kejohanan perlu dianjurkan termasuk pada peringkat remaja bagi mencungkil bakat baru.

MSN menerusi penjelasan terperinci selepas pengumuman penggugura­n sepak takraw oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Rabu lalu, menyifatka­n sepak takraw tidak menunjukka­n peningkata­n prestasi sejak berada dalam sukan teras pada 2007.

Malah, prestasi skuad kebangsaan di Sukan SEA dilabel merosot apabila tidak memenangi emas sekiranya Thailand mengambil bahagian.

Di Sukan Asia, Malaysia berada di belakang Korea Selatan yang mendapat suntikan jurulatih tempatan dalam membangunk­an sukan itu.

Bagaimanap­un, Rommi menaruh harapan MSN dapat mempertimb­angkan sepak takraw untuk kembali dipertandi­ngkan di Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.

“Saya bersetuju jika keputusan tidak mempertand­ingkan di Sukma 2018 dilakukan lebih awal. Namun kini sudah ada pasukan yang melakukan persiapan dan mengadakan latihan bagi menghadapi temasya sukan itu,” jelasnya.

 ?? Rommi Suhendra Norsal ?? Mereka perlu melihatnya sebagai satu cabaran dengan melakukan perancanga­n untuk skuad negara dan negeri”
Rommi Suhendra Norsal Mereka perlu melihatnya sebagai satu cabaran dengan melakukan perancanga­n untuk skuad negara dan negeri”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia