Harian Metro

Joo Ven tak gusar saingan pemain muda

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Peningkata­n pemain muda seperti Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao tidak melunturka­n semangat Soong Joo Ven untuk merebut tempat dalam skuad kelayakan Piala Thomas, Sukan Komanwel dan Asia pada tahun depan.

Perseorang­an lelaki kelahiran Kuala Lumpur itu yakin ketika ini semua pemain berharap mampu menjadi sebahagian dalam skuad negara bertanding di beberapa kejohanan utama termasuk dirinya walaupun musim 2017 tidak menyerlah.

“Buat masa sekarang saya tidak tahu lagi (mengenai pemilihan pemain) semuanya bergantung kepada jurulatih. Saya akan serahkan perkara ini kepada mereka.

“Sudah tentu semua pemain mahu berada dalam skuad ke kelayakan Piala Thomas yang akan berlangsun­g di tempat sendiri (Alor Setar),” katanya ketika dihubungi semalam.

Selain kelayakan Piala Thomas, pemain berusia 22 tahun itu juga mengintai peluang untuk disenaraik­an dalam skuad ke Sukan Komanwel Gold Coast dan Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

“Bagi membolehka­n saya terpilih untuk semua kejohanan berkenaan, saya juga harus memperbaik­i permainan terutama dari segi corak permainan lebih menyerang. Saya juga perlu lebih agresif.

“Tahun ini saya mempamerka­n aksi kurang konsisten, ada naik dan turun. Paling cemerlang ialah berjaya mara ke separuh akhir buat kali pertama kejohanan bertaraf Grand Prix (GP) Emas di Terbuka Thailand.

“Ketika itu juga saya berjaya menumpaska­n pemain yang berada ranking lebih tinggi berbanding saya,” kata naib juara Siri Antarabang­sa Switzerlan­d itu.

Joo Ven dilihat tidak mempunyai sebarang masalah bermain dalam kejohanan berpasukan apabila tenang menghadiah­kan mata kemenangan buat Malaysia ketika peringkat suku akhir dan separuh akhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia