Harian Metro

PSFC ajar ilmu bola sepak sambil dakwah

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bukan saja menawarkan pengisian rohaniah, malah penganjura­n kem motivasi turut membantu memberikan pengisian fizikal mengenai teknik asas bola sepak.

Itu yang dilakukan oleh Kelab Bolasepak Puncak Syukur (PSFC) yang menganjurk­an ‘Program Motivasi Teknik Asas Bola Sepak’ di UiTM Puncak Alam bermula hari ini hingga Ahad dengan mensasarka­n remaja berusia 10 hingga 16 tahun.

Penyelaras program, Badrulsham Ahmad berkata, ini adalah satu bentuk pembentuka­n modal insan kepada golongan remaja menerusi pendekatan mudah diterima menerusi sukan bola sepak yang menjadi sukan kegemaran mereka.

“Hasrat kami adalah untuk melahirkan pemain berkaliber bertaraf negeri dan negara dalam tempoh tiga hingga lima tahun lagi yang bukan saja membantu mereka memiliki teknik terbaik malah akhlak baik.

“Secara ringkasnya, ini adalah salah bentuk dakwah gaya baru menggunaka­n medium sukan kerana bukan saja memberikan pengisian rohaniah, malah turut berpeluang menguatkan fizikal dan mempelajar­i teknik asas bola sepak.

“Tambahan pula, semua jurulatih yang terbabit adalah bekas pemain bola sepak dan mewakili negara. Jadi saya berpendapa­t ini adalah cara terbaik untuk kami menyumbang kepada komuniti Puncak Alam,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam masa sama, Badrulsham yang juga bekas pemain Kuala Lumpur itu berkata program terbabit mendapat sambutan hangat apabila lebih 40 peserta sudah mengesahka­n penyertaan setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia