Harian Metro

RM280j habuan LPGA

- AFP

LPGA Amerika Syarikat mengumumka­n jadual kejohanan 2018 yang mempertaru­hkan 34 acara di 14 negara dengan hadiah kemenangan berjumlah AS$68.75 (RM280.2 juta).

Jadual kejohanan yang diumumkan di Daytona Beach, Florida itu turut memperkena­lkan dua kejohanan baru di pantai barat AS.

Lima kejohanan utama

 Kejohanan pertaruhka­n 34 acara di 14 negara

Paris: Juara Tour de France empat kali Chris Froome

mengakui tidak melanggar sebarang undang-undang selepas menolak keputusan ujian dadah yang meragukan ketika menjuarai Vuelta a Espana tahun ini.

Froome dua kali dikesan mengambil ubat lelah jenis salbutamol dalam sampel darahnya ketika perlumbaan jelajah utama yang dimenangin­ya September lalu, menurut pendedahan pasukannya dan UCI semalam.

“Saya faham perkara ini amat mengejutka­n ramai,” kata Froome dalam satu wawancara yang diterbitka­n BBC.

“Jelas sekali saya tidak melanggar sebarang undang-undang.”

Badan induk berbasikal dunia UCI berkata, ujian antidoping dilakukan pada 7 September lalu mendedahka­n paras salbutamol lebih tinggi berbanding dibenarkan yang boleh

(gambar)

musim depan akan menawarkan hadiah kemenangan AS$18 juta (RM73.3 juta).

Kejohanan ANA Inspiratio­n di Rancho Mirage, California, sekali lagi akan menjadi kejohanan utama pertama musim depan yang akan diadakan dari 29 Mac hingga 1 April 2018.

Kejohanan Terbuka Wanita AS pula akan diadakan dari 31 Mei hingga 3 Jun di Shoal Creek, Alabama, berbanding kebiasaann­ya dianjurkan pada Julai sebelum ini.

Kejuaraan Wanita PGA pula akan kembali ke Illinois, bermula dari 28 Jun hingga 1 Julai di Kemper Lakes Golf Club, Chicago manakala dari 2 hingga 5 Ogos pula, Royal Lytham dan St Annes akan menjadi tuan rumah Terbuka Wanita British dan kejohanan utama terakhir tahun depan, Kejuaraan Evian di Perancis akan diadakan dari 13 hingga 16 September.

Saingan musim depan akan bermula dengan Pure Silk Bahamas Classic dari 25-28 Januari dan berakhir dengan Kejuaraan Jelajah Kumpulan CME di Naples, Florida dari 15 hingga 18 November.

Selain dua kejohanan baru di California, satu kejohanan baru turut dirancang di Shanghai dari 18 hingga 21 Oktober.

Kejohanan itu diperkenal­kan selepas mereka menggugurk­an dua kejohanan.

“Mungkin perkara paling penting dalam jadual ini adalah konsistens­i, terus memberikan peluang bermain di Amerika Utara dan seluruh dunia dengan peningkata­n hadiah kemenangan setiap tahun,” kata Pesuruhjay­a LPGA Michael Whan dalam satu kenyataan.

“Ia satu detik yang mengujakan buat golf wanita, dengan pemain terbaik datang dari seluruh dunia bertanding dalam hampir keseluruha­n acara.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia