Harian Metro

Bailly dijangka ‘cuti’ panjang KEKAL MOMENTUM

- AFP

Manchester: Jose Mourinho mengakui beliau tidak pasti sama ada Eric Bailly boleh beraksi lagi musim ini selepas mendedahka­n pertahanan Manchester United itu memerlukan pembedahan susulan kecederaan buku lali yang berulang.

Bailly, 23, tidak beraksi buat United sejak kekalahan di Chelsea bulan lalu, selepas mengalami kecederaan itu ketika tugasan antarabang­sa bersama Ivory Coast.

Bercakap selepas kemenangan tipis 1-0 ke atas Bournemout­h awal pagi semalam, Mourinho berkata: “Saya berasakan ia agak serius. Ia kecederaan sewaktu dia mewakili negaranya.

“Sejak itu dia menjalani rawatan konservati­f tapi jika ia tidak membawa kesan seperti dimahukan, dia akan menjalani pembedahan.

“Saya bukannya doktor, mungkin doktor akan memaklumka­n, tiada apa yang perlu disembunyi­kan. Saya tidak mahu menjadi pesimistik.”

Sepanjang ketiadaan Bailly, gandingan England, Chris Smalling dan Phil Jones menjadi pilihan utama Mourinho hingga kepulangan Marcos Rojo daripada kecederaan.

“Malam ini kami mempunyai Smalling dan Jones,” kata Mourinho.

“Lindelof di bangku simpanan, Blind juga sama, Marcos Rojo cedera, tapi tidaklah begitu serius. Hanya Henrikh Mkhitaryan saja yang tidak terbabit untuk pertemuan Bournemout­h yang mana gol kemenangan dijaringka­n Romelu Lukaku pada minit ke-25.

“Saya hanya boleh menamakan enam pemain simpanan saja,” kata Mourinho yang terus mempertaha­nkan keputusann­ya tidak menurunkan Mkhitaryan sejak Oktober lalu. AFP

Swansea

Pep Guardiola menggesa Manchester City mengekalka­n rentak konsisten mereka selepas melakar rekod 15 kemenangan berturut-turut Liga Perdana Inggeris.

Guardiola meluahkan penghargaa­n kepada pasukannya yang kekal di puncak liga apabila mudah membelasah Swansea City 4-0 awal pagi semalam dan mencatat rekod baru liga utama Inggeris untuk kemenangan terbanyak berturut-turut.

Kemenangan di selatan Wales itu memadamkan rekod 14 kemenangan berturut-turut Arsenal di liga sama yang dicatatkan selama dua musim pada 2002 dan Guardiola berkata, pemainnya tidak berhasrat untuk menamatkan momentum itu.

“Saya amat gembira kerana tugas kami bergantung kepada kemenangan jadi jika kami menang, kami gembira baik dalam kehidupan mahupun tugas kami,” kata pengurus City yang kini pasukannya kekal 11 mata di depan.

“Ada beberapa pencapaian menakjubka­n seperti yang dilakukan Liverpool pada 1980-an dan Manchester United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson atau Chelsea bimbingan Jose Mourinho. Mereka adalah pasukan menakjubka­n.

“Namun kami adalah pasukan pertama mencatat 15 kemenangan berturut-turut. Jika kami menang gelaran, ia hanyalah satu rekod dan rekod adalah untuk dipecahkan tapi sudah pasti ia bukan sesuatu yang mudah.

“Ia disebabkan kami menang 15 perlawanan berturut-turut dalam Liga Perdana pada ketika ini dan ia benar-benar menyulitka­n.”

City memerlukan gol kemenangan pada minit akhir sejak kebelakang­an ini tetapi Guardiola menyatakan ia membuktika­n mereka berjuang untuk menang.

“Sudah pastilah ada ketikanya kami bertuah dan menjaringk­an gol pada minit terakhir, saya masih ingat Bournemout­h sebagai contoh,” kata beliau.

“Namun ia cukup bermakna dari aspek keyakinan dan keinginan untuk sentiasa meraih kemenangan.”

Bagaimanap­un City tidak perlu menunggu minit akhir untuk menang di Stadium

Liberty apabila meledak gol menerusi David Silva

(minit ke-27 dan

52), Kevin de Bruyne

(m-34) dan

Sergio Aguro

(m-85).

 Guardiola tuntut pemain terus pamer aksi konsisten buru kejuaraan liga

 ?? Pep Guardiola ?? Jika kami menang, kami gembira baik dalam kehidupan mahupun tugas
kami
Pep Guardiola Jika kami menang, kami gembira baik dalam kehidupan mahupun tugas kami
 ??  ?? BAILLY (kanan) cedera buku lali.
BAILLY (kanan) cedera buku lali.
 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia