Harian Metro

Reds tiada nasib: Klopp

-

Liverpool: Pengurus Liverpool, Juergen Klopp menegaskan beliau tidak akan mengubah polisi penggilira­n pemainnya selepas keputusan pengendali dari Jerman itu melakukan enam perubahan memakan diri ketika seri 0-0 menentang pasukan bawahan West Bromwich Albion.

Klopp mendakwa Liverpool tidak bernasib baik dan dinafikan kemenangan apabila gol Dominic Solanke dibatalkan kerana terkena tangan lapan minit sebelum tamat di Anfield, awal pagi semalam.

Gol Solanke yang tidak disahkan itu menjadi topik perbualan, namun perbincang­an sebelum sepak mula berkisar mengenai keputusan pengurus Liverpool itu merombak pasukannya yang seri 1-1 di laman sendiri dengan Everton, Ahad lalu.

Klopp menyenarai­kan semula Philippe Coutinho dan Roberto Firmino, kedua-duanya secara mengejut diletakkan di bangku simpanan menentang Everton, untuk membentuk gandingan mantap di bahagian serangan bersama Sadio Mane dan Mohamed Salah.

Beliau juga memasukkan Emre Can dan Georginio Wijnaldum di bahagian tengah, menyenarai­kan Trent Alexander-Arnold di tempat Joe Gomez di pertahanan kanan dan menggantik­an Simon Mignolet dengan Loris Karius di pintu gol.

Klopp berkata, Mignolet direhatkan sebagai langkah berjaga-jaga selepas cedera buku lali ketika menentang Everton dan menyatakan beliau rasa pasukan pilihannya itu mampu memenangi perlawanan.

Pilihannya menjadi tumpuan kerana sudah beberapa kali beliau mengubah pemainnya. Beliau melakukan tidak kurang 65 perubahan terhadap kesebelasa­n utamanya dalam Liga Perdana musim ini, lebih banyak berbanding pengurus lain di divisyen itu.

Ditanya jika pilihannya menentang West Brom menjadi, Klopp berkata: “Bukan tugas saya bercakap mengenainy­a. Saya sudah membuat keputusan dan jika kami tidak menang, bagi saya, ia kelihatan tidak menjadi.

“Ia sering kali berlaku dalam kehidupan seorang pengurus. Tapi tidak guna jika terlalu kecewa mengenainy­a.

“Saya yakin 100 peratus dengan senarai ini, seperti juga saya 100 peratus yakin mengenai barisan sebelum ini. Tapi kali ini sekurang-kurangnya anda tidak boleh menyalahka­n saya.”

Klopp berasakan gol Solanke yang dibatalkan itu menjadi pemisah sekalipun ulang tayang televisyen jelas ia terkena tangan.

“Amat sukar. Bagi saya, ia dua kali terbias dan saya masih tidak yakin jika bola terkena tangan. Ia kelihatan seperti dada. Dalam perlawanan ia kelihatan 100 peratus terkena dada,” katanya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia