Harian Metro

Wenger yakin Gunners mampu cabar kejuaraan

-

London: Arsene Wenger belum mahu menyerah kalah dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris biarpun Arsenal ketinggala­n 19 mata di belakang Manchester City selepas sekadar seri tanpa jaringan di West Ham, awal pagi semalam.

Arsenal merudum ke tangga ketujuh, di bawah Burnley selepas hanya mengutip dua mata daripada tiga aksi selepas turut tumpas 1-3 kepada Manchester United dan seri 1-1 dengan Southampto­n.

Ketika pengurus Chelsea, Antonio Conte dan Mauricio Pochettino dari Tottenham sudah mengibar bendera putih dalam mengejar City, Wenger masih menyimpan impian untuk menjulang gelaran itu bersama Arsenal buat kali pertama sejak 2004.

“Ia sesuatu yang baik untuk tajuk utama, tapi kami perlu fokus dengan aksi seterusnya,” kata pengurus Arsenal itu.

“Masih terlalu awal untuk City bercakap mengenai kejuaraan, jarak yang jauh satu perkara lain dan untuk menyerah kalah juga perkara lain.

“Tugas kami adalah untuk terus berjuang. Saya tidak mendengar andaian orang. Kami akan terus memberikan segala-galanya dan lihat di mana kedudukan penamat kami.”

Arsenal hanya dipisahkan satu mata daripada kedudukan keempat tetapi tampak kurang bernafsu meskipun menikmati penguasaan bola ketika berdepan West Ham.

Apapun, Wenger tetap yakin pasukan bimbingann­ya tidak akan menutup kempen di kedudukan ketujuh liga. AFP

 ??  ?? KAPTEN West Ham Mark Noble (kanan) mengasak pemain Arsenal Jack Wilshere.
KAPTEN West Ham Mark Noble (kanan) mengasak pemain Arsenal Jack Wilshere.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia