Harian Metro

‘Tan jurulatih terbaik’

- Zulfaizan Mansor Zulfaizan@bh.com.my Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

 Vingada yakin kemampuan Cheng Hoe kendali skuad kebangsaan

Bekas pengendali skuad kebangsaan, Nelo Vingada yakin penggantin­ya, Tan Cheng Hoe mampu menggalas tugas membimbing Harimau Malaya mencatat kejayaan pada masa depan.

Beliau yang melepaskan jawatan pada 6 Disember lalu percaya Cheng Hoe tidak berdepan banyak masalah menguruska­n skuad terbabit berdasarka­n pengetahua­n luas mengenai bola sepak Malaysia.

“Selepas meninggalk­an Malaysia, saya tidak boleh memberi banyak komen dalam apa-apa isu. Apa pun saya ucapkan selamat maju jaya kepada Tan (Cheng Hoe) dan pasukan kebangsaan Malaysia.

“Tan adalah jurulatih terbaik dan sangat dikenali di Malaysia. Beliau juga adalah kawan baik saya dan percaya Tan mampu menjalanka­n tugas dengan baik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Vingada yang kini berada di Portugal, melepaskan jawatan sebagai jurulatih Harimau Malaya selepas kira-kira tujuh bulan membimbing skuad berkenaan.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan Mesir itu berdepan rekod buruk bersama skuad kebangsaan selepas gagal meraih sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan selain tersingkir pada saingan kelayakan Piala Asia 2019.

Selepas peletakan jawatan Vingada, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menaikkan pangkat Cheng Hoe daripada penolong jurulatih kepada ketua jurulatih pada 7 Disember lalu.

Menyedari tugas berat yang bakal dipikulnya, Cheng Hoe yang pernah mengecapi kejayaan bersama Kedah dalam kancah bola sepak tempatan tetap yakin beliau mampu memberikan hasil terbaik buat skuad Harimau Malaya.

“Tujuan utama saya adalah untuk membantu pasukan negara mendapatka­n hasil terbaik untuk masa akan datang,” katanya.

Pemilik akaun Facebook, Muhammad Ridzwan yang mencetuska­n kontrovers­i dengan mendakwa jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff dan enam pemainnya terbabit rasuah, sedia bersemuka dengan mereka untuk memohon maaf.

Dia mendakwa sudah memulakan langkah dengan menghubung­i Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Badrul Hisham Hashim melalui telefon dan aplikasi WhatsApp bagi meminta bantuan menyelesai­kan isu berkenaan.

Ridzwan yang bersetuju ditemubual melalui aplikasi WhatsApp dan bersikap berhati-hati membuat kenyataan berkata, dia juga sudah membuat permohonan maaf sekali lagi kepada Nidzam serta Khairul Helmi Johari, Rizal Ghazali, Syazwan Zainon, Ifwat Akmal Che Kassim, Amirul Hisham Awang Kechik dan Ariff Farhan Md Isa melalui Facebook pada 8 Disember lalu.

“Saya mengaku melakukan kesalahan dengan membuat dakwaan itu. Selepas segala usaha saya meminta maaf tidak diterima, saya bersedia bertemu mereka pada bila-bila masa dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Saya sudah menghubung­i Datuk Badrul untuk meminta bantuan bagi menyelesai­kan isu ini, tapi sehingga sekarang masih menunggu maklum balas daripada beliau. Malah, pada 8 Disember lalu, saya sekali lagi membuat permohonan maaf melalui akaun Facebook saya.

“Saya sudah menghantar mesej peribadi kepada Khairul Helmi dan ‘tag’ status saya itu kepadanya, tapi tidak mendapat sebarang maklum balas. Saya harap perkara ini dapat diselesaik­an dalam suasana harmoni tanpa membabitka­n proses undang-undang,” katanya.

Menerusi kenyataan pada 8 Disember lalu, Ridzwan berkata, dia terpaksa melindungi identitiny­a dengan menutup muka dalam permohonan maaf pertama melalui video baru-baru ini kerana bimbangkan keselamata­n dirinya serta keluarga.

“Saya buat permohonan maaf atas dasar ikhlas dengan niat menjernihk­an keadaan dan membersihk­an nama pasukan bola sepak Kedah. Tidak ada niat saya untuk menjatuhka­n sesiapa melalui kenyataan saya itu.

“Ia berlaku secara spontan tanpa penelitian dan berfikir panjang. Saya akui perbuatan saya sukar dimaafkan, tetapi saya tetap mahu memohon maaf serta sangat mengharapk­an permohonan maaf saya diterima,” katanya.

Ridzwan sebelum ini diberi ‘talian hayat’ oleh penasihat perundanga­n Nidzam, Datuk Iszam Kamal Ismail agar tampil bersemuka dengan jurulatih dan enam pemain itu bagi mengelak tindakan saman antara RM2 juta hingga RM3 juta.

Khairul Helmi turut menyatakan hasrat meneruskan tindakan undang-undang ke atas individu itu dengan tuntutan ganti rugi sekurang-kurangnya RM200,000 selepas enggan menerima permohonan maaf melalui video yang dianggap tidak ikhlas.

 ??  ?? VINGADA (kanan) bersama Cheng Hoe ketika membimbing skuad Harimau Malaya.
VINGADA (kanan) bersama Cheng Hoe ketika membimbing skuad Harimau Malaya.
 ?? Muhammad Ridzwan ?? Saya bersedia bertemu mereka pada bila-bila masa dan membuat permohonan maaf secara terbuka”
Muhammad Ridzwan Saya bersedia bertemu mereka pada bila-bila masa dan membuat permohonan maaf secara terbuka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia