Harian Metro

Kim Swee kecewa prestasi B-23

-

Shah Alam: Jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee mengakui masih belum berpuas hati dengan prestasi barisan pertahanan skuad itu biarpun sudah hampir dua minggu menyertai kem latihan pusat.

Bekas pengendali Harimau Malaya itu berkata, pertahanan yang diketuai Adib Zainuddin dilihat mudah dibolosi lawan ketika aksi persahabat­an berdepan Melaka United di Stadium Shah Alam, petang semalam yang menyaksika­n kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.

“Separuh masa pertama, petahanan begitu longgar dan mudah dibolosi walaupun tidak melepaskan gol. Saya lihat bahagian pertahanan masih belum mencapai matlamat atau prestasi terbaik mereka.

“Pada babak kedua permainan, pasukan saya bertambah baik selepas ramai pemain muda yang diturunkan begitu bersungguh-sungguh dan mereka tahu mereka perlu merebut tempat.

“Tapi, secara keseluruha­nnya masih banyak yang perlu diperbaiki kerana lawan kita selepas ini pasti lebih mencabar terutama dalam saingan Kejuaraan B-23 AFC 2018 nanti,” katanya kerika ditemui selepas perlawanan.

Pada aksi petang semalam, skuad B-23 dan Melaka United gagal menyudahka­n beberapa peluang terhidang di depan pintu gol.

Anak buah Kim Swee akan berlepas ke Korea Selatan, esok untuk melakukan persiapan dengan mengharung­i tiga aksi persahabat­an sebelum ke China bagi mengharung­i saingan Kejuaraan B-23 AFC, awal bulan depan.

Skuad muda negara diundi dalam Kumpulan C dan akan bertemu Iraq pada 10 Januari dan Jordan pada 13 Januari sebelum aksi terakhir berdepan Arab Saudi di Kunshan pada 16 Januari.

Kim Swee akan mengumumka­n senarai 26 pemain yang akan dibawa ke Korea Selatan dengan tiga daripada 29 pemain yang berada dalam skuad ketika ini akan digugurkan.

“Saya masih lagi perlu berbincang dengan barisan kejurulati­han dan perlu mengenalpa­sti siapa calon pemain yang akan digugurkan dengan teliti.

“Ia kerana kita perlu mengharung­i banyak perlawanan di Korea Selatan dan China, malah saya ingin mendapat lebih banyak kombinasi pemain terutama di bahagian tengah dan pertahanan,” tambah Kim Swee.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia