Harian Metro

Zahasmi dilantik pengendali TPW

-

Kota Bharu: Bekas pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail mengesahka­n akan menggalas tugas sebagai ketua jurulatih skuad Piala Presiden pasukan itu bagi musim 2018.

Zahasmi berkata, beliau berterima kasih kepada KAFA yang menawarkan kontrak sebagai jurulatih Piala Presiden apabila tugas mengendali­kan The Red Warriors berakhir 1 Disember lalu.

“Saya mengesahka­n menerima tawaran KAFA walaupun sebelum ini menyatakan hasrat untuk berehat dan bertenang dalam menentukan hala tuju dalam kerjaya sebagai jurulatih.

“Saya akan memulakan tugas pertama mengendali­kan skuad The President Warriors (TPW) bermula hari ini dengan sesi pemilihan pemain di Padang 21 RAMD, Pengkalan Chepa dari 16 hingga 19 Disember ini.

“Tugas itu memerlukan saya lebih bekerja keras membentuk semula TPW dengan barisan pemain dan ramuan baharu kerana sebahagian besar pemain sudah dinaikkan ‘pangkat’ ke skuad senior musim depan.

“TPW yang kini tinggal enam pemain saja memerlukan ramai lagi bakat muda untuk dinilai dan dipilih bagi melengkapk­an senarai kesebelasa­n utama pasukan,” katanya semalam.

Zahasmi berkata, sebagai jurulatih, beliau berusaha sebaik mungkin menjadikan skuad TPW sebagai platform atau kilang melahirkan pemain berkaliber.

“Tugas memilih pemain berkualiti dan berbakat agak sukar kerana memerlukan penilaian dan penelitian sewajarnya,” ujarnya.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia