Harian Metro

MAKIN LARIS DI SEBERANG

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Mencipta nama yang cukup gah di pasaran muzik Eropah, penyanyi kelahiran Indonesia, Anggun terus membanggak­an rakyat Asia dengan pencapaian­nya.

Anggun atau nama penuhnya Anggun Cipta Sasmi, 43, yang menjadi fenomena suatu ketika dulu dengan lagu Snow on the Sahara jelas teguh memperjuan­gkan muzik berkualiti sampai tahap ini.

Bahkan, menurutnya dia tidak lagi menetapkan genre khas kepada hala tuju karyanya. Baginya terus jujur dan hasilkan lagu yang bagus menjadi keutamaann­ya.

“Sewaktu baru memulakan kerjaya seni di Indonesia, saya cukup dikenali sebagai penyanyi rock tetapi sekarang sudah tidak kisah apa jua jenis muzik kerana bagi saya tiada beza pun dan tak penting jenis muzik bagaimana saya mahukan. Cuma, sama ada muzik itu bagus atau tidak.

“Apa pendengar mahukan sekarang melodi yang sedap didengar sekali gus mereka akan terus menggemari­nya sampai bila-bila,” katanya. Tidak dapat dinafikan, pelakon hebat Bront Palarae semakin mendapat tempat di persada perfileman Indonesia selepas berlakon dalam filem genre seram Pengabdi Setan.

Ternyata, pertaruhan Bront melakonkan watak bapa berusia 55 tahun dalam filem arahan Joko Anwar itu menjadi kerana filem itu mendapat sambutan hangat di sana.

Lebih memberangs­angkan, Pengabdi Setan turut muncul filem Indonesia terlaris di negara ini dengan mencecah kutipan RM4.8 juta sejak menjengah pawagam tanah air bermula 23 November lalu.

Secara peribadi, pemilik nama sebenar Nasrul Suhaimin Saifuddin, 39, mengakui dia bersyukur kerana filem itu mendapat sambutan hangat di kedua-dua negara.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia