Harian Metro

PERLUAS RENDANG TOK

- Nor Ak m ar Sam udin akmar @hmetr o.com.my

Chor tingkat produktivi­ti perniagaan dalam musim kedua Chor

& Chah

Berikutan sambutan baik penonton terh adap Ch or & Ch ah , drama itu kembali dengan musim kedua bermula 5 Disember lalu.

Drama itu dibintangi Sah arul R idzwan sebagai Ch or, Ummi Nazeera

(Ch ah ), Ruh ainies (Siti), Afifah Nasir, Sh afiq Nazri, Kazar Saisi, Haleeda Mazlin dan Luqman Hafidz.

Musim ini menyaksika­n perniagaan Ch or semakin berkembang dan bersedia menembusi pasaran luar. Oleh itu, Ch or mendapatka­n kh idmat nasih at dan bantuan daripada organisasi seperti Telekom

Malaysia serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk meningkatk­an produktivi­ti perniagaan rendang tok yang diusah akannya melalui Internet dan maklumat lanjut berkenaan lesen yang perlu dipoh on.

Ch or turut memoh on menyertai program anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TER AJU) dan bakal mendapat lebih banyak peluang untuk melebarkan sayapnya. Akh irnya, kilang ‘Air Tangan Bonda’ dibuka.

Rendang tok dan serunding dibungkus dengan menarik untuk pasaran luar negara. Ch or menerima pengiktira­fan terbesar apabila Perdana Menteri kagum dengan kejayaanny­a dan memberikan semangat kepadanya untuk terus mengangkat jenama Air Tangan Bonda.

Selain itu, agensi seperti SME Bank, Credit Guarantee Corporatio­n (CGC) dan Platcom Ventures pula membantu Ch or dari segi kewangan dan jaminan kredit di samping pinjaman untuk pelbagai kegunaan yang akan memberikan nilai tambah kepada perniagaan itu.

Menurut pengarah drama itu, Kasz Rosh an, projek ini selaras usah a kerajaan untuk pembanguna­n belia. Golongan ini digalakkan menceburi bidang perniagaan, memberikan panduan menjalanka­n perniagaan secara kompreh ensif dan efektif kepada bakal usah awan serta usah awan sedia ada.

“Selain memberi pendedah an berkenaan bantuan pengembang­an perniagaan dan eksport yang disediakan kerajaan serta pelbagai agensi yang ada dalam negara, ia meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai program Pembanguna­n Perusah aan Kecil dan Sederh ana Malaysia (PKS) yang ditawarkan kerajaan serta pih ak swasta.

“Ia juga sebagai inisiatif ‘outreach ’ bagi menyebarka­n maklumat terkini berkaitan PKS,” kat anya.

Penerbitan drama mini itu dimuat naik di platform media sosial serta digital untuk ditayangka­n ketika program outreach membabitka­n SME Corp. Malaysia di seluruh negara.

 ??  ?? AKSI Saharul dan Ummi dalam Chor & Chah.
AKSI Saharul dan Ummi dalam Chor & Chah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia