Harian Metro

Cara urus tadbir zakat

- Syanty Octavia Amry soctav ia@hmetr o.com.my

RTM berkongsi cara urus tadbir zakat yang dikelolaka­n Majlis

Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan kepelbagai­an program agihan (melalui ASNAF diiktiraf) yang dilaksanak­an menerusi program terbaru bertajuk Jurnal Zakat Perak.

Program 13 episod itu mula bersiaran di

TV1 setiap Ahad, jam

6.30 petang bermula 17 Disember ini.

Program berkonsep majalah itu memaparkan bentuk bantuan, sokongan dan pengisian yang disalurkan MAIPk kepada penerima terpilih.

Pendedahan dilakukan secara langsung berkaitan pendekatan cara urus tadbir zakat dikelolaka­n majlis agama.

Bantuan dan sokongan diberikan juga diperincik­an melalui sesi wawancara dengan individu berkaitan sama ada pihak penerima mahupun pemberi bantuan yang berjaya mencapai objektif.

Menampilka­n pengacara Nizal Muhammad, ia turut menyingkap bantuan pelajaran ke luar negara oleh MAIPk.

Bantuan zakat yang dimaksudka­n ialah tawaran Dermasiswa untuk pelajar berkelayak­an dari

Perak khusus dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Beberapa pelajar ditemu ramah untuk berkongsi kisah mereka berkaitan bantuan Dermasiswa yang diperoleh.

Selain itu wawancara bersama Duta Besar Malaysia di Mesir dan Pegawai Atase Pendidikan Perak dipaparkan apabila mereka berkongsi maklumat mengenai peranan MAIPk dalam menjaga kebajikan pelajar serta program yang dijalankan.

Setiap episod akan menyiarkan secara terperinci cara pengurusan zakat dan pemberiann­ya kepada mereka yang berhak.

 ??  ?? Nizal (kiri) selaku pengacara.
Nizal (kiri) selaku pengacara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia