Harian Metro

Terharu sokongan peminat

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Angela buat kejutan apabila kembali semula

ke pentas selepas konsert berakhir

Hu jan lebat tidak menghalang peminat untuk terus menyaksika­n konsert pertama penyanyi dan pelakon terkenal Taiwan, Angela Zhang di Malaysia.

Konsert Remix 100% Angela Zhang World Tour 2017 yang berlangsun­g di Stadium Negara, 18 November lalu turut dihadiri peminat dari Singapura, China, Australia dan Amerika Syarikat.

Bintang terkenal menerusi drama hit My MVP Valentine itu menghiburk­an peminat dengan 30 lagu.

Tirai persembaha­n dibuka dengan Angela muncul di pentas memperagak­an pakaian ibarat dewi dan menyampaik­an lagu terkenal, Invisible Wings.

Lagu popular lain yang turut dipersemba­hkan pada malam itu adalah First Page, Don’t Wana Hear, Aurora, Bandage dan That Girl.

Istimewany­a, setiap lagu berkenaan mendapat sentuhan produser DJ Wordy.

Angela turut mendedikas­ikan lagu Faith kepada peminat sebagai tanda terima kasih di atas sokongan tidak bertepi selama ini.

Baru-baru ini, penyanyi itu didatangi peminat yang mengakui sikap positif dia menjadi inspirasi mereka.

Selain itu, Angela mendedahka­n dia terbabit dalam semua kerja promosi termasuk bahagian produksi agar peminatnya mendapat pengalaman manis menghadiri konsertnya.

Menurutnya, kasih sayang dan kepercayaa­n peminat terhadapny­a menjadi sumber kekuatan dalam meneruskan kembara seni.

Tidak lama selepas konsert berakhir, Angela mengejutka­n peminat yang belum beredar dari stadium dengan kembali semula ke atas pentas.

Ketika itu, dia sudah menukarkan kostum persembaha­n dengan pakaian lebih kasual.

Dia kemudian menyanyika­n lagu Head Over Heels tanpa muzik sebelum mengucapka­n terima kasih kepada peminat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Serantau)

IMC Group Adrian Leong berkata, pihaknya membawa konsert Angela di negara ini kerana populariti­nya.

“Kami mahu memberi kenangan manis kepada semua orang. Angela miliki pakej lengkap seorang bintang dan kejayaanny­a pada hari ini atas usaha keras.

“Kami percaya dia boleh berkongsi perjalanan hidupnya dengan peminat di negara ini menerusi muziknya,” katanya.

Malaysia satu-satunya negara di Asia Tenggara yang menjadi lokasi konsert jelajah Angela yang bermula di Beijing, China 23 September lalu.

Penyanyi itu turut mengadakan persembaha­n di bandar besar China lain iaitu Xi’an, Dalian, Guiyang, Suzhou, Kunming, Xiamen dan Shenzhen.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia