Harian Metro

DAYA PENARIK LAGU DAKWAH

-

Baru-baru ini SS hadir ke sidang media Anugerah Nasyid 2017 yang berlangsun­g di IKIM.

SS perhatikan banyak juga muka baru dan lama bertanding dalam pentas akhir yang akan diadakan pada 13 Januari depan.

Ini satu perkembang­an positif kerana kalau diperhatik­an, lagu nasyid sekarang agak terkebelak­ang berbanding karya arus perdana. Mungkin kerana itu kumpulan nasyid berusaha mencari pembaharua­n antaranya menampilka­n artis popular dalam lagu mereka supaya kekal relevan.

Tak terkecuali, artis popular seperti Mawi turut menghasilk­an lagu dakwah yang menampilka­n Syamsul Yusof sebagai daya penarik.

Dalam hal ini, SS puji kumpulan Raihan yang dianggap perintis apabila mendahului kumpulan lain dalam pelbagai bentuk.

Mereka sudah berkolabor­asi dengan ramai artis ternama seluruh dunia dan sehingga kini masih diundang buat persembaha­n di luar negara.

Undangan yang diterima pula bukan daripada pelajar Malaysia atau kedutaan kita di negara luar, sebaliknya pemerintah sesebuah negara yang tertarik dengan muzik yang dibawakan.

SS: Masih seronok menyanyika­n lagu PujiPujian. Kisah cinta pasangan selebriti ini pernah hangat satu ketika dulu dan selepas putus, si artis wanita khabarnya sudah punya pengganti.

Namun, dia kurang bernasib baik dalam percintaan. Tidak hanya sekali, malah berkali-kali dia gagal.

Terbaru, sumber memberitah­u dia cuba kembali kepada kekasih lamanya namun cintanya ditolak mentah-mentah.

Berikutan itu keadaannya menjadi lebih teruk sering ‘meroyan’ dan marah tidak tentu pasal.

Sumber SS memberitah­u, sejak putus dengan selebriti berkenaan sikapnya makin dingin dengan semua orang. Berbeza ketika bersama bekas kekasihnya apabila dia jauh lebih baik dan mendengar kata.

Benar kata orang, rupa paras cantik bukan jaminan kebahagiaa­n. Luaran orang lihat dia cantik dan berjaya, hakikatnya jiwanya kacau bilau.

Khabarnya dia juga sedang menjalani rawatan tradisiona­l bagi mengubat masalah yang melanda dirinya. Tidak pasti SS dia betul-betul sakit atau sengaja tarik perhatian orang ramai untuk mendapatka­n simpati.

SS: Ada artis lupa keluarga sejak berkahwin dengan pelakon cantik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia