Harian Metro

Makin tua makin berbuah

-

Penduduk berpeluang tambah pendapatan setiap kali tiba musim duku

“Kami memang seronok setiap kali musim duku kerana ia mendapat sambutan luar biasa hingga bekalan sedia ada sentiasa tidak mencukupi,” katanya.

Menurutnya, dia mengusahak­an kebun bapa saudaranya Rabu Hassan,

65, yang mempunyai lebih 50 pokok dengan usia setiap pokok melebihi 40 tahun.

“Setiap kali musim duku, saya akan beri tumpuan sepenuhnya terhadap aktiviti memetik dan menjual buah ini kepada pemborong kerana pendapatan­nya lebih lumayan berbanding pekerjaan harian sebagai tukang rumah,” katanya.

Zulkifli Ismail, 37, berkata, rata-rata penduduk terutama pemilik kebun duku sentiasa menantikan Ogos hingga November setiap tahun kerana musim buah duku.

“Hanya pada musim duku penduduk berpeluang menambah pendapatan dengan menjual kepada pemborong.

“Pemborong sememangny­a memainkan peranan penting untuk memasarkan buah itu ke negeri lain termasuk Kuala Lumpur dan Johor.

“Walaupun harga jualan kepada pemborong tidak tinggi seperti menjualnya terus kepada orang ramai, namun ia berbaloi kerana jumlah buah yang dihasilkan pokok banyak sekali gus kuantiti dijual kepada pemborong juga banyak,” katanya.

Menurut Zulkifli, dia tidak terlalu memikirkan harga pasaran buah duku yang turun naik tetapi lebih mementingk­an kelancaran penjualann­ya.

“Buah duku tidak tahan lama dan hanya bertahan dalam tiga hari. Selepas dipetik, ia perlu segera dijual kepada pemborong sebelum dijual secara runcit.

Zulkifli berkata, dia membantu keluargany­a menguruska­n kebun arwah nenek yang mempunyai 100 pokok.

“Makin tua pokok duku, makin ia mengeluark­an buah yang berkualiti tinggi dan menepati cita rasa ramai.

“Paling kurang sebanyak 200 kilogram (kg) duku dijual kepada pemborong setiap hari dan pendapatan yang diperoleh sekitar

RM100 hingga RM500 sehari bergantung kepada jumlah buah dijual dan harga pasaran semasa,” katanya.

Pemborong, Jahadin Ismail, 49, dari kampung sama berkata, duku yang diambil daripada pengusaha kebun duku di kampung itu sebelum dipasarkan ke Johor dan Kuala Lumpur.

“Harga duku bergantung kepada penawaran semasa. Tahun lalu, berlaku lambakan duku hingga ia hanya dijual pada 50 sen hingga 80 sen saja sekilogram, namun pada tahun ini kami membeli dengan RM3 hingga RM4 sekilogram dan peniaga menjualnya kepada pelanggan dengan RM5 hingga RM6 sekilogram.

“Sebaik menerima duku daripada pekebun sekitar jam 4 hingga 6 petang, ia dibawa ke Johor dan Kuala Lumpur pada jam 10 malam hingga 12 tengah malam.

“Buah berkenaan menjalani proses pengasinga­n. Duku yang buruk atau tidak menepati piawaian diasingkan bagi menjamin kualiti buah itu apabila dijual di pasaran luar,” katanya. -Ahmad R abiul Zulkifli

 ??  ?? PEKERJA letakkan duku atas meja sebelum menjalanka­n proses pengasinga­n. Setiap kali musim duku, saya akan beri tumpuan sepenuhnya terhadap aktiviti memetik dan menjual buah ini kepada pemborong kerana pendapatan­nya lebih lumayan berbanding pekerjaan...
PEKERJA letakkan duku atas meja sebelum menjalanka­n proses pengasinga­n. Setiap kali musim duku, saya akan beri tumpuan sepenuhnya terhadap aktiviti memetik dan menjual buah ini kepada pemborong kerana pendapatan­nya lebih lumayan berbanding pekerjaan...
 ??  ?? DITIMBANG selepas dihantar pekebun.
DITIMBANG selepas dihantar pekebun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia