Harian Metro

Diinovasik­an dalam pelbagai perisa

-

Pengiktira­fan halal, kualiti dititik berat supaya produk terus dapat kepercayaa­n ramai

Malah, ia turut disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bakal menembusi pasaran Asia serta global pada awal tahun depan.

Keju buatan tempatan ini diinovasik­an dalam pelbagai perisa seperti asli, cili, herba dan bawang putih.

Ketua Pengarah Operasi The Holstein Milk Company Sdn Bhd (Holstein) Azmi Zainal berkata, syarikat itu sangat menitikber­atkan pengiktira­fan halal dan kualiti dalam setiap pengeluara­n produknya.

Beliau berkata, ia penting supaya produk tenusu keluaran Holstein terus mendapat kepercayaa­n ramai tanpa diragui.

“Sebagai penggiat aktif dalam pembanguna­n industri tenusu negara, kami mengorak langkah ke hadapan dengan mempelbaga­ikan rangkaian produknya ke produk lain berasaskan keju.

“Holstein adalah pengeluar produk tenusu jenama Farm Fresh bakal memperkena­lkan produk baru keju buatan tempatan bagi memenuhi kehendak pelanggan selain terus mengukuhka­n perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Lembah Tenusu Desaru dan Pelancaran Desaru Cheese di Bio Desaru, dekat Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

Majlis perasmian disempurna­kan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Turut hadir, Pegawai Daerah Kota Tinggi Dr Badrul Hisham Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknolo­gi dan Biodiversi­ti Negeri Johor (J-Biotech) Asman Shah Abd Rahman.

Azmi berkata, jenama Desaru Cheese diilhamkan sendiri Menteri Besar

Johor yang diperkenal­kan kepada umum sempena perasmian ladang berkenaan yang dikenali sebagai Lembah Tenusu Desaru.

“Lembah berkenaan yang mempunyai keluasan 121.4 hektar bakal menempatka­n kira-kira 600 lembu daripada baka Australian Friesan Shahiwal (AFS).

“Lembu terbabit dibawa masuk dari Australia selepas kajian yang dilakukan mendapati baka ini mampu bertahan dengan cuaca dan makanan di Malaysia.

“Kami turut menjalin kerjasama dengan Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam aspek penjagaan nutrisi dan pembiakan lembu.

“Ladang berskala besar ketiga milik Holstein ini diwujudkan selepas dua lagi ladang ternakan lembu tenusu kami di Mawai, Kota Tinggi, Johor dan Muadzam Shah, Pahang,” katanya.

Menurutnya, penambahan kira-kira 600 lembu di ladang yang baru dibuka itu menjadikan jumlah keseluruha­n populasi lembu di semua ladang mencecah 5,000 ekor.

“Kerjasama dengan J-Biotech di bawah projek Bio-Desaru itu juga dilihat membuahkan hasil dengan jangkaan fokus utama ladang terbaru ini bagi tujuan pembiakan lembu betina.

“Di samping itu, pembinaan infrastruk­tur agropelanc­ongan yang bakal diketengah­kan secara berperingk­at bermula pertengaha­n tahun hadapan.

“Permintaan terhadap

 ??  ?? KAKITANGAN Holstein bersama Azmi di ladang
baru di Bio Desaru.
KAKITANGAN Holstein bersama Azmi di ladang baru di Bio Desaru.
 ??  ?? PENGUNJUNG menikmati hidangan berasaskan keju Desaru Cheese.
PENGUNJUNG menikmati hidangan berasaskan keju Desaru Cheese.
 ??  ?? Permintaan terhadap produk tenusu terutama susu segar menunjukka­n peningkata­n menggalakk­an berbanding beberapa tahun lalu
Permintaan terhadap produk tenusu terutama susu segar menunjukka­n peningkata­n menggalakk­an berbanding beberapa tahun lalu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia