Harian Metro

Wujud sumber ekonomi baru

-

Rahman, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dan Pengerusi NEKMAT Ahmad Rudin Hussain.

Ahmad Shabery berkata, kejayaan NEKMAT pada tahun lalu menunjukka­n mereka berjaya mencatat keuntungan RM5.44 juta.

“Antara senarai projek yang dijalankan NEKMAT ialah pembekalan minyak diesel/selinder, pemasaran ikan, Pasar Borong Kuala Lumpur, Pasar Borong Klang, Selangor; Pasar Borong Pandan, Johor Bahru, Pasar Tani dan MyFarm Outlet serta Q’Fish (ikan segar beku).

“NEKMAT mengeluark­an produk sejuk beku berasaskan hasil laut termasuk bebola ikan, jejari ikan, burger ikan dan bebola sotong.

“Buat masa ini, produk berkenaan dipasarkan di beberapa pasar raya di negara ini dan mendapat permintaan yang tinggi,” katanya.

Menurutnya, kerajaan sangat memandang serius kesejahter­aan rakyat termasuk golongan nelayan turut tidak dilupakan.

“Bagi menjamin kesejahter­aan nelayan, kerajaan merangka dan menambah baik program bantuan dalam usaha untuk mensejahte­rakan dan seterusnya membantu meningkatk­an sosio ekonomi nelayan.

“Ia melalui pemberian Elaun Sara Hidup, subsidi diesel dan petrol, bantuan bencana alam, kebajikan nelayan serta pinjaman dana nelayan,” katanya.

Katanya, organisasi di peringkat akar umbi seperti Persatuan Nelayan perlu menjadi ejen perubahan yang cekap dan berkesan untuk membawa kemajuan kepada kumpulan sasar mereka.

“Peranan persatuan nelayan amat penting bagi melaksanak­an pelbagai program pembanguna­n bagi masyarakat nelayan.

“Sebagai induk kepada Persatuan Nelayan, NEKMAT mempunyai tanggungja­wab besar untuk membangunk­an aktiviti ekonomi nelayan secara menyeluruh supaya tiada yang tertinggal.

“Kementeria­n akan terus bersama untuk membangunk­an industri pertanian dan industri asas tani supaya industri ini mampu memberi sumbangan yang bermakna kepada ekonomi negara,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaik­an sumbangan kepada Yayasan Nelayan Malaysia (YANEM) dan Pampasan Skim Perlindung­an, Kebajikan Nelayan NEKMAT serta menyampaik­an Anugerah Pelajar Cemerlang kepada 10 pelajar yang menunjukka­n potensi memberangs­angkan di dalam akademik.

 ??  ?? IRMOHIZAM (depan empat dari kiri), Tajuddin (depan lima dari kiri), Ahmad Shabery dan Ahmad Rudin (depan tujuh dari kiri) bersama nelayan dan pelajar.
IRMOHIZAM (depan empat dari kiri), Tajuddin (depan lima dari kiri), Ahmad Shabery dan Ahmad Rudin (depan tujuh dari kiri) bersama nelayan dan pelajar.
 ??  ?? AHMAD Shabery merasmikan Kluster Projek Ekonomi Persatuan Nelayan.
AHMAD Shabery merasmikan Kluster Projek Ekonomi Persatuan Nelayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia