Harian Metro

MENGENALI TEKNIK GOGO RANCAH

-

Rombongan siswa UPM lawat Lombok untuk tinjau proses penanaman padi

sekiranya pelbagai faktor dalaman dan luaran dalam pembanguna­n tanah diambil kira.

“Melalui kursus ini, pelajar LARM berpeluang belajar melangkaui tanah air untuk melihat pembanguna­n di negara jiran,” katanya yang turut mengadakan lawatan akademik ke Fakultas Pertanian, Universita­s Mataram (UNRAM).

Turut hadir, Dekan Fakultas Pertanian UNRAM Dr Ir Sukartono; Pensyarah Kanan, Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian UPM Dr Daljit Singh Karam dan Dr Dzarifah Zulperi.

LARM adalah kursus dua tahun yang ditawarkan Fakulti Pertanian UPM yang memberi tumpuan kepada teori dan praktikal pembanguna­n tanah secara mampan membabitka­n ilmu sains tanah, perundanga­n tanah, konservasi tanah, pengurusan sisa pencemaran serta pengurusan tanah secara lestari.

Seorang lagi penuntut, Hanis Huzaira Abd Hanan berkata, teknik gogo rancah dan lawatan ke kawasan penanaman padi sangat bermanfaat.

Menurutnya pelanconga­n berasaskan pertanian atau agrotouris­m dapat meningkatk­an pendapatan penduduk dan negara.

Rakannya, Norizah Ramly berkata, segala ilmu yang diperoleh melalui pembelajar­an dalam kelas dan lawatan itu akan dijadikan rujukan sekiranya terbabit dalam pembanguna­n kawasan serta penyelesai­an masalah.

Sementara itu, Sukartono berkata, Mataram dahulunya antara kawasan kurang maju tetapi kini menjadi ‘periuk nasi’ utama bagi Indonesia selain mengekspor­t beras di luar Mataram.

Katanya, teknik gogo rancah menghasilk­an lebihan hasil tuaian padi dan meningkatk­an pulangan ekonomi kepada destinasi itu.

“Teknik gogo rancah, termasuk pembentuka­n kolah air atau ‘embung’ dijalankan kebanyakan­nya di kawasan selatan Mataram kerana taburan hujan yang rendah. Bagi kawasan yang menerima hujan tinggi, Mataram dapat menghasilk­an padi tiga kali setahun.

“Embung menyalurka­n air dari kawasan tinggi ke kawasan rendah. Disebabkan itu, kawasan padi kami adalah pada bukit yang dibuat secara teres dan biji benih padi ditabur secara terus sebelum musim hujan,” katanya.

 ??  ?? BERGAMBAR di tengah sawah.
BERGAMBAR di tengah sawah.
 ??  ?? TEKNIK penanaman padi pada tanah yang mempunyai kelembapan rendah yang dikenali sebagai gogo rancah.
TEKNIK penanaman padi pada tanah yang mempunyai kelembapan rendah yang dikenali sebagai gogo rancah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia