Harian Metro

Inisiatif promosi SRI Herba

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Peserta bengkel turut berpeluang dalami hasil,

penemuan tambahan projek kajian RNIH

Seramai 185 peserta menyertai Bengkel Perundinga­n Pemegang Taruh Industri Herba anjuran Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) di FRIM, Kepong, baru-baru ini.

Bengkel itu anjuran bersama Pejabat Pembanguna­n Herba, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), SME Bank dan Center for Entreprene­ur Developmen­t and Research (CEDAR).

Tema Memperkasa­kan Platform Jaringan Industri Herba itu antara inisiatif mempromosi­kan Sistem Rantaian Industri Herba (SRI Herba).

Sistem berkenaan dibangunka­n FRIM melalui projek kajian Rantaian Nilai Industri Herba terpilih di Semenanjun­g Malaysia (RNIH) yang tamat pada Disember tahun lalu.

Selain itu, peserta turut berpeluang mendalami hasil dan penemuan tambahan daripada projek kajian itu. SRI Herba antara output penting bagi projek berkenaan.

Malah pihak MOA meluluskan Projek Memperkasa SRI Herba iaitu kesinambun­gan projek RNIH pada 1 April lalu.

Ketua Pengarah

FRIM Datuk Dr Abd Latif Mohmod berkata, ia bertujuan mewujudkan platform hebahan dan menambah baik SRI Herba supaya dapat memberikan manfaat kepada pihak berkepenti­ngan selain dapat meluaskan jaringan serta penggunaan sistem itu.

Beliau berkata, kajian FRIM menunjukka­n penjualan tahunan industri herba di Semenanjun­g Malaysia mencecah RM2.6 bilion namun, pihak industri masih bergantung kepada bekalan bahan mentah sumber hutan asli dan import.

“SRI Herba berkemampu­an menyediaka­n maklumat bagi menghubung­kan permintaan dan penawaran bahan mentah dalam kalangan pemain industri kerana ia mengandung­i direktori pemain serta statistik terkini berkaitan industri herba.

“Sistem ini dibangunka­n berdasarka­n maklumat bancian yang dijalankan terhadap 6,545 pemain industri herba terdiri dari 96 pembekal bahan tanaman, 462 penanam, 550 pengusaha, 445 pemborong dan 5,467 peruncit.

“Selain paparan muka utama yang berinforma­si, khidmat bagi menghubung­kan pengguna kepada pasaran produk secara dalam talian turut ditawarkan,” katanya selepas merasmikan bengkel berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Bahagian Pejabat Pembanguna­n Herba MOA Nor Hisham Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidik­an) FRIM Dr Ismail Harun dan Pengarah Bahagian Perancanga­n Penyelidik­an FRIM Dr Nur Supardi Md Noor.

Ketua Pegawai Operasi CEDAR Mohammad

Husain Mohd Dawoed turut menyampaik­an ucaptama bertajuk, ‘Adakah Anda

Ingin Menguasai Pasaran dan Pelanggan? Ketahui Strategi dan Caranya’.

Abd Latif berkata, penambahan ciri pilihan dwibahasa dan aplikasi mudah alih bakal diperkenal­kan dalam masa terdekat.

Pihaknya turut percaya sambutan menggalakk­an terhadap bengkel iaitu 70 peratus peserta terdiri daripada pihak industri herba menunjukka­n kepercayaa­n industri terhadap pihak FRIM.

“FRIM sangat menghargai kerjasama semua pihak.

Saya percaya kerjasama erat ini akan berterusan dan membentuk satu laluan baru bagi pembanguna­n industri herba di negara ini.

“Laluan ini juga akan memperliha­tkan kebangkita­n Malaysia sebagai satu pusat herba antarabang­sa di peta dunia,” katanya.

Majlis perasmian bengkel itu turut menyaksika­n pelancaran nama baru bagi SRI Herba, iaitu ‘Herba Xpress’ dengan slogan ‘Herba di hujung jari’.

Maklumat lanjut berkenaan SRI Herba atau Herba Xpress layari http:// herbaxpres­s.frim.gov.my.

 ??  ?? SRI Herba berkemampu­an menyediaka­n maklumat bagi menghubung­kan permintaan dan penawaran bahan mentah dalam kalangan pemain industri
SRI Herba berkemampu­an menyediaka­n maklumat bagi menghubung­kan permintaan dan penawaran bahan mentah dalam kalangan pemain industri
 ??  ?? PESERTA menyemak maklumat syarikat dalam sistem SRI Herba atau nama terbarunya Herba Xpress.
PESERTA menyemak maklumat syarikat dalam sistem SRI Herba atau nama terbarunya Herba Xpress.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia