Harian Metro

‘PORT’ LEPAK HUJUNG MINGGU

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Bukan satu kemestian untuk menghabisk­an waktu hujung minggu di luar kerana ada kalanya, berehat sepanjang hari di bilik tidur lebih memberi kepuasan.

Berehat itu bukan bermakna anda perlu tidur sepanjang hari tanpa melakukan apa-apa aktiviti sebaliknya cuba memanfaatk­an ruang bilik sebagai ‘port’ bersantai.

Sambil berehat, kerja rumah seperti mengemas dan mencuci pakaian kotor boleh dilakukan dan paling penting, anda dapat menjimatka­n

Jika ingin menonton filem di panggung wayang, anda perlu membelanja­kan sekurang-kurangnya RM8 hingga RM20 untuk membeli sekeping tiket.

Itu belum termasuk wang membayar parkir (atau tambang kenderaan awam), membeli snek dan minuman.

Jadi, sebagai alternatif, pasang cakera video digital (DVD) filem kegemaran di komputer riba atau televisyen dan tonton sendirian mahupun bersama rakan serumah!

Selesai menonton filem kegemaran,

Bagi kaki game, inilah masanya untuk anda melakukan hobi kegemaran yang boleh menghilang­kan tekanan.

Lebih menyeronok­kan jika ada teman serumah atau adik-beradik yang boleh bermain bersama.

Bukan selalu ada peluang sebegini jadi manfaatkan­nya kerana ia lebih baik berbanding jika anda keluar tanpa hala tuju!

Bagi si gadis, gunakan kesempatan hujung minggu dengan mempelajar­i pelbagai teknik solekan terbaru di YouTube ataupun menerusi perkongsia­n secara langsung di Facebook yang menjadi trend dalam kalangan jurusolek.

Itu alternatif jika anda malas atau tiada masa untuk mengikuti bengkel solekan dan dandanan di luar.

Kelebihann­ya, anda tidak perlu mengeluark­an wang dan memandu ke tempat tertentu sebaliknya hanya perlu belajar menerusi Internet sambil bersantai di dalam bilik.

Daripada ke salun, apa salahnya anda manjakan diri di rumah dengan melakukan rawatan asas bagi kuku, wajah dan rambut.

Bukan saja si gadis tetapi kaum Adam juga boleh melakukan aktiviti ini, sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Selain menjimatka­n, aktiviti ini juga membantu anda tampil lebih berkeyakin­an di khalayak!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia