KEPENTINGAN PERKEMBANGAN OTAK SI MANJA
Minum dua gelas susu Dutch Lady Nutri Plan™ setiap hari
dapat membantu memenuhi keperluan nutrisi anak
Gaya hidup sihat dan amalan pemakanan yang baik mampu mempengaruhi tumbesaran serta perkembangan kanakkanak.
Selain aktif melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang memenuhi keperluan nutrien penting untuk membantu membekalkan badan dengan nutrien penting seperti karbohidrat, protein, vitamin serta mineral.
Namun, ada kalanya sebagai ibu kita berasa kurang yakin dengan hidangan yang disediakan sama ada dapat memenuhi keperluan nutrien anak secara keseluruhan ataupun tidak.
Justeru, kanak-kanak disyorkan minum dua gelas susu setiap hari bagi memenuhi keperluan nutrien seperti kalsium, protein, vitamin A, B2 dan DHA untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan seimbang serta menyokong perkembangan otak.
Memahami kepentingannya, Dutch
Lady Nutri Plan™ dengan 5x DHA* dirumus khas untuk si manja berumur antara satu hingga enam tahun dan ke atas. Ia mengandungi 20 vitamin dan mineral serta FOS (sejenis serat) untuk membantu tumbesaran disamping menyokong tahap kebijaksanaan si manja.
Perlu kita tahu, 60 peratus otak terdiri daripada lemak dan salah satu lemak yang penting adalah DHA (docosahexaenoic acid). Bahagian depan otak
(lobus frontal) yang kaya dengan DHA penting untuk aktiviti kognitif termasuk perhatian, perancangan dan penyelesaian masalah.
Proses ini akan berterusan sepanjang zaman kanakkanak dan remaja dengan peningkatan perkembangan pada usia dua tahun.
Kajian menunjukkan, dengan pengambilan tambahan DHA untuk kanak-kanak membantu meningkatkan kognisi (proses pemikiran) dan tingkah laku serta tumpuan perhatian mereka.
Sebelum anak anda mencecah umur lima tahun, keupayaan otaknya mampu berkembang hingga 90 peratus. Justeru, tidak hairanlah dalam kalangan ibu termasuk selebriti Scha Alyahya memilih Dutch Lady Nutri Plan™ untuk si manja, menjadikannya jenama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak nombor satu di Malaysia.**
Scha berkata, perkembangan Lara adalah petunjuk bagi dirinya untuk mengetahui bahawa pilihannya itu adalah bijak dan tepat.
“Saya kagum dengan Lara, selain sihat, dia juga bijak. Lara boleh menamakan semua makanan yang dihidang atas meja dan saya akan menjelaskan kebaikan setiap makanan yang dinamakannya.
“Lara juga boleh menamakan bunga apabila berada di taman.
Ada kalanya, dia akan memberikan maklum balas yang mencuit hati saya dan Awal.
“Senang hati saya tahu Lara makan dengan baik, nutrisi terjaga dan membesar secara sihat. Lara akan minum susu dua hingga tiga kali setiap hari untuk memenuhi keperluan nutrisinya,” katanya.
Ujar Scha, Lara minum susu pada waktu pagi serta malam dan dia akan minta susu sekiranya lapar ketika waktu petang. Scha begitu berbangga dengan pencapaian Lara apatah lagi dapat melihat setiap detik bijak yang ditunjukkan permata hatinya itu.