Harian Metro

BOLEH mengGORENG DI KAFE

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Tawar konsep makan atau bawa pulang

Menyediaka­n suasana makan yang selesa, bersama hidangan enak, pengendali kedai Ayamas, Kara Holdings Sdn Bhd membuka cawangan baru Deli Ayamas bagi memenuhi cita rasa pelanggan.

Dibuka secara rasmi pada 25 November lalu di Kota Kemuning, Selangor, Deli Ayamas menyediaka­n ayam segar dan produk sejuk bekunya untuk kemudahan penduduk di sekitar kawasan itu.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Kara Holdings

Sdn Bhd Rafiq Moosa, Deli Ayamas menawarkan bukan saja produk segar, tetapi pelbagai pilihan menu yang boleh dinikmati sepanjang hari. Malah, ia turut menawarkan perkhidmat­an tambahan yang lebih istimewa berbanding kedai deli yang ada di negara ini.

“Antaranya khidmat menggoreng percuma untuk barangan sejuk beku kami yang dibeli di Deli Ayamas dan perapan ayam secara percuma menggunaka­n ayam dan rempah yang turut dijual di sini,” katanya.

Bagi memberikan peluang makan bersama keluarga, Deli Ayamas menawarkan konsep makan di kafe atau bawa pulang kepada pelanggann­ya. Antara menu diperkenal­kan adalah hidangan sarapan roti bakar bersama ayam dan keju, roti bakar kaya dan mentega, nasi lemak, bihun goreng dan pai ayam.

Pada majlis pelancaran 100 pelanggan terawal menerima 100 beg cenderahat­i termasuk bekalan percuma ayam selama setahun. Dengan keluasan 1650 kaki persegi dan kapasiti 35 tempat duduk, cawangan Deli Ayamas ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 9 malam di semua cawangan.

 ??  ?? R AFIQ (teng ah) bersama kakitang an DeliAyamas dicawang an Kota Kemuning , S hah Alam.
R AFIQ (teng ah) bersama kakitang an DeliAyamas dicawang an Kota Kemuning , S hah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia