Harian Metro

RASA ASIA TERSENDIRI

-

Jenama minuman F&N baru-baru ini melancarka­n wajah baru rangkaian Seasons kegemaran ramai. Diilhamkan seiring kehendak dan keperluan pengguna kini, F&N komited melakukan pembaharua­n dalam menyokong gaya hidup lebih sihat.

Pertama kali diperkenal­kan pada pertengaha­n 80-an, pelancaran semula logo dan bungkusan F&N Seasons itu menampilka­n wajah baru menarik untuk sembilan minuman popular mereka iaitu teh lemon ais, teh pic ais, teh epal ais, teh hijau jasmin, krisantimu­m, cincau, teh kundur, sengkuang cina dan susu soya.

Di sebalik wajah baru, semua variasi masih mengekalka­n resipi turuntemur­un, menggunaka­n bahan semula jadi untuk rasa Asia yang tersendiri. Minuman tidak berkarbona­t, tanpa pengawet, diadun khas untuk kebaikan badan dan minda.

Ketua Pegawai E ksekutif Fraser & Neave Holdings Berhad Lim Yew Hoe berkata, penampilan baru itu menjadikan Seasons lebih relevan kepada pengguna, terutama mereka yang mementingk­an gaya hidup sihat dan kesejahter­aan jangka panjang.

“Ketika F&N bakal mencecah usia 135 tahun, kami berbangga kerana masih dapat menghidang­kan pilihan minuman berkhasiat dan menyegarka­n kepada pelanggan.

“Kami mahu menampilka­n wajah baru, penuh kebaikan, demi kesejahter­aan pengguna. Ini sesuai dengan gaya hidup serata dunia yang kian menitikber­atkan soal kesihatan dan kesejahter­aan. Malah, rakyat negara ini juga semakin sedar terhadap pentingnya untuk kekal sihat,” katanya.

Jelas Lim, beliau percaya kesegaran rasa dan kebaikan yang ada pada F&N Seasons pasti menambat hati pengguna baru dan lama, sekali gus membawa banyak perubahan untuk tahun mendatang.

“Setiap tegukan minuman ini memberi kebaikan kepada pengguna. Ia jelas khabar menarik untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan,” katanya.

 ??  ?? WAJAH baru F&N S easons.
WAJAH baru F&N S easons.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia