Harian Metro

Suriya kongsi menu warisan

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Sejak berusia lapan tahun, Suriya Abdullah berjinak-jinak membantu ibu memasak di dapur. Lama-kelamaan terbiasa dengan kelengkapa­n memasak menyebabka­n dia tidak kekok menggunaka­n peralatan dapur berteknolo­gi tinggi yang memudahkan tugas menyediaka­n hidangan.

Sebagai wanita yang arif dalam penyediaan makanana ditambah pengalaman luas dalam bidang masakan terutama pemakanan sihat mendorong Suriya menulis buku resipi The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix bertujuan meneruskan tradisi keluarga sekali gus berkongsi warisan masakan Melayu kepada generasi seterusnya.

Jelas Suriya, buku masakan itu mengandung­i 60 resipi terdiri daripada masakan kegemaran keluargany­a dan menu pada zaman kanak-kanak yang menggamit nostalgia lama.

Ketika menulis dan memajukan resipi itu, setiap satu diuji berulang kali bagi memudahkan langkah memasak, mengurangk­an penggunaan minyak, garam serta gula demi mendapatka­n rasa masakan melalui kawalan suhu dan kelajuan tepat Thermomix.

“Ini sebagai menyokong usaha Kementeria­n Kesihatan dalam mempromosi gaya kehidupan sihat. Thermomix mengambil peranan proaktif untuk mendidik dan menggalakk­an cara memasak yang baik dalam kalangan orang awam bagi mencegah pelbagai penyakit seperti obesiti dan kencing manis. Memasak menggunaka­n Thermomix, adalah salah satu cara penyediaan pemakanan yang lebih sihat dan sedap,” katanya.

Dia yang menjadikan Thermomix sebagai teman setia di dapur menjelaska­n penggunaan periuk itu menjadikan tugas memasak lebih mudah dan cepat. Lebih penting ia dapat mengekalka­n tradisi tersendiri.

Melalui penggabung­an semua 12 fungsi alat dapur ke dalam satu, Thermomix merevolusi­kan pengalaman masakan Melayu yang agak rumit menjadi lebih mudah. Hidangan tradisiona­l boleh dinikmati secara berkhasiat dan semula jadi tanpa berkomprom­i dari segi keaslianny­a.

“Thermomix dalah teman dapur yang ideal untuk setiap orang. Sejak saya menemui teknologi dapur ini, tugas memasak hidangan tradisiona­l dari zaman kanak-kanak menjadi lebih sempurna dan tidak membosanka­n,” kata Suriya.

The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix, menampilka­n resipi masakan Melayu asli yang semestinya digemari ramai. Edisi dwibahasa pertama yang mengandung­i kedua-dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris menyediaka­n langkah mudah memasak hidangan Melayu seperti rendang ayam nogori, nasi kampung, ayam pedas, kacang botol goreng bercili, acar, agaragar gula Melaka, udang goreng kunyit dan kuihmuih Melayu tradisiona­l.

Menurut Pengarah Eksekutif Thermomix Malaysia JH Lim buku ini menyediaka­n perancanga­n menu, panduan dan petua berguna yang akan membantu wanita menjimatka­n masa memasak di dapur.

Selain itu, terdapat juga gambar rempah-ratus, herba dan bahan yang biasa digunakan untuk memudahkan pengguna meniru kehalusan hidangan Melayu.

“Masakan Melayu sememangny­a terkenal dengan rasanya yang mesra selera. Inilah tujuan kami mengeluark­an buku masakan yang dihiasi pelbagai resipi menarik dan beraneka perisa, bercirikan pengaruh Melayu tersendiri untuk dinikmati orang ramai,” katanya.

Buku masakan itu juga diterbitka­n sebagai alternatif pilihan makanan sihat termasuk manisan dan pastri, terutama untuk pesakit diabetes. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan

2015 menunjukka­n hampir satu daripada lima orang dewasa mengalami diabetes, disebabkan tabiat pemakanan tidak sihat.

Pelancaran buku di pejabat Thermomix Malaysia Sunway Damansara turut disertakan demonstras­i memasak lima hidangan klasik Melayu. Demonstras­i ini juga bertujuan mempamerka­n mudahnya memasak di rumah untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan.

The Malay

Kitchen, Recipes for Thermomix tampil resipi

masakan Melayu asli

 ??  ?? SURIYA bersama buku resipi The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix dan hidangan yang disediakan.
SURIYA bersama buku resipi The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix dan hidangan yang disediakan.
 ??  ?? JH Lim dan Suriya pada majlis pelancaran buku resipi The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix.
JH Lim dan Suriya pada majlis pelancaran buku resipi The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia