Harian Metro

Piza dalam bentuk unik

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

PizzArt dipersemba­hkan secara mewah tapi masih kekalkan komposisi seimbang

Anchor Food Profession­als (Anchor FP) sekali lagi melancarka­n kempen ‘PizzArt’ dengan membawakan lima pilihan resipi piza enak dalam bentuk unik dan menarik untuk dinikmati.

Berganding bahu dengan 18 restoran di seluruh negara, segmen perkhidmat­an makanan tenusu Fonterra itu memperkena­lkan sajian utamanya kepada penggemar setia daging dan keju iaitu PizzBurger. Diambil nama sempena gabungan piza dan burger, hidangan ini menonjol dari segi saiz daging dan doh.

Empat lagi piza unik ciptaan Anchor FP adalah UltiMeat Pizza, Deep Cheese Pizza, Cheese Pretzza dan Pizza Rolls. Semua variasi piza itu dihasilkan Hot Cooking Chefs Anchor FP bagi membantu rakan niaga mereka menghasilk­an lebih banyak pilihan kepada pelanggan.

Memeriahka­n majlis pelancaran PizzArt minggu lalu, tetamu turut diberi kesempatan melihat demonstras­i ringkas, cara Deep Cheese Pizza yang mewah dengan keju dihasilkan Cef Noorfiruz Mohamad Noor.

Berbeza dengan piza di kebanyakan restoran, PizzArt dipersemba­hkan dalam bentuk unik dan mewah, tetapi masih mengekalka­n komposisi seimbang. Sekalipun diadun menggunaka­n bahan asas membuat piza, namun keenakanny­a PizzArt cukup mengujakan sesiapa saja.

UltiMeat Pizza umpamanya, asas kepingan piza ini dihasilkan daripada dada ayam berkualiti yang dihancurka­n dan dibentuk menjadi doh. Ia dihidang bersama sos dan salad segar di bahagian atas. Sementara Deep Cheese Pizza pula menawarkan campuran keju mewah di bahagian tengah piza.

Pengarah Anchor FP Malaysia Linda Tan berkata, kempen PizzArt kedua itu adalah kesinambun­gan daripada promosi sama yang dilancarka­n pada Mei lalu.

“Kami percaya fenomena piza global sentiasa berkembang. Malah, banyak potensi boleh diteroka penggerak industri makanan dan minuman tempatan.

“Untuk itu, kami mengambil inisiatif, bekerjasam­a dengan pelanggan menghasilk­an produk inovatif, sekali gus menyokong perniagaan mereka dengan mewujudkan kempen seumpama ini,” katanya.

 ?? FOTO: ?? CEF Noorfiruz bersama Linda pada pelancaran PizzArt.
FOTO: CEF Noorfiruz bersama Linda pada pelancaran PizzArt.
 ??  ?? PIZA enak resipi Hot Cooking Chefs Anchor FP.
PIZA enak resipi Hot Cooking Chefs Anchor FP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia